IPOH: Polis telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap suami pelakon, Serina Redzuawan, 39 yang juga seorang pegawai polis kerana tidak membuat permohonan untuk berkahwin kali kedua.
Siasatan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selepas bekas isteri pertama Meor Mohammad Aidid, 35, seorang pegawai berpangkat inspektor itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada Mac lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan perkara itu berkata, pegawai itu telah berpindah ke Perlis sejak 2019.
"Saya difahamkan satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka terhadap pegawai berkenaan kerana beliau tidak memohon untuk berkahwin kali kedua dengan anak Chef Wan.
"Siasatan dijalankan, saya serahkan kepada siasatan JIPS IPK Perlis kerana pegawai ini telah bertukar ke Perlis. Pada mulanya memang beliau bertugas di sini sebagai pegawai trafik dan kini melapor sebagai pegawai siasatan jenayah JSJ D8 IPK Perlis," katanya.
BACA: 'Saya tak bernikah di Siam'- Serina
BACA: Anak Chef Wan, Serina kembali bergelar isteri
Beliau ditemui selepas majlis serah terima tugas di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di Ipoh pada Isnin.
Menurutnya, beliau difahamkan perkahwinan itu berdaftar secara sah di Perlis tetapi boleh diambil tindakan tatatertib jika tidak minta kebenaran jabatan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak JIPK IPK Perlis.
Serina yang merupakan anak kepada Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail menerusi hantaran di Instagram peribadinya memaklumkan majlis pernikahan dengan Mohammad Aidid berlangsung secara tertutup dan berjalan seperti yang direncanakan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 12 2021
Serina sebelum ini dilaporkan selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aidid, 35. - Foto Instagram
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
'Ibarat kaca jatuh berkecai' - Serina menangis dapat tahu Chef Wan hidap kanser
Serina bangga melihat bapanya kerana mempunyai semangat yang kuat apabila reda atas ujian penyakit yang diterima.
Hak jagaan anak perempuan Serina Redzuawan diserah kepada bekas suami
Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis memerintahkan hak jagaan anak kedua pelakon, Serina Redzuawan diberikan kepada bekas suaminya, Gavin Edward Oluanaigh.
Tidak mohon kahwin kedua: JIPS siasat suami anak Chef Wan, Serina
Siasatan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selepas bekas isteri pertama pegawai berpangkat inspektor itu membuat laporan polis.
'Saya tak bernikah di Siam'- Serina
Menerusi Instagramnya, Serina berkata, dia bernikah dalam negara namun tidak menyebut secara spesifik lokasinya.
Anak Chef Wan, Serina kembali bergelar isteri
Serina memaklumkan majlis pernikahan dengan jejaka yang dikenali dengan nama Aidid, berlangsung secara tertutup.
Mahkamah tolak permohonan Serina fail rayuan balas hak penjagaan anak lelakinya
Serina didapati gagal memberikan alasan yang musabah dan melengah-lengahkan prosiding mahkamah.
Bertudung sempena Maal Hijrah, Serina Redzuawan dipuji manis
Sempena Maal Hijrah semalam, pelakon Serina Redzuawan memuat naik fotonya manis bertudung di akaun Instagram (IG) miliknya.
Serina Redzuawan perjelas dakwaan produknya jadi punca kematian
Seorang wanita mendakwa produk jus durian belanda keluaran pelakon Serina Redzuawan menjadi punca kematian ibu saudaranya baru-baru ini.
Bekas suami Serina gagal dapat kebenaran perintah tunjuk sebab
Dalam keputusan itu, mahkamah turut memerintahkan Gavin selaku pemohon memfailkan semula permohonan berkenaan.
Serina bakal dipenjara
Pelakon, Serina Redzuawan bakal berdepan dengan hukuman penjara berikutan bekas suaminya, Gavin Edward OLuanaigh memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama.