Malaysia tidak boleh 'menghalau' Lynas setelah menjemput syarikat perlombongan nadir bumi itu melabur di negara ini hanya kerana terdapat pihak yang tidak mahu menerima kajian pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata Lynas telah melabur lebih RM1 bilion untuk operasinya di Malaysia, cuma proses perlombongan nadir bumi itu dikatakan mempunyai radioaktif pada sisanya.
Katanya kajian pakar melaporkan sisa radioaktif 'pada tahap sangat rendah' dan tidak berbahaya kepada kesihatan dan beliau berpendapat terdapat juga cara untuk mengurangkan lagi 'radioaktif yang sikit itu'.
"Kita yang panggil (datang melabur) lepas tu kita halau dia keluar.Orang lain kata negara buat janji, bila buat masalah dia halau pelabur... tak boleh macam tu," katanya kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja dua harinya ke Fukuoka pada Khamis.
Dr Mahathir berkata pelabur asing langsung sedang memerhatikan tindakan kerajaan terhadap Lynas.
"Kalau kita halau pelabur asing Lynas ini, yang lain (pelabur asing) tak akan datang (Malaysia). Sebab ada yang kita tak suka...maka kita suruh dia (pelabur) keluar. Siapa (pelabur) nak datang, mereka perlukan kepastian," katanya.
Dr Mahathir berkata jika sisa radioaktif itu berbahaya, pekerja di Lynas Malaysia yang terdiri daripada kira-kira 600 jurutera tempatan akan sakit.
"Pakar buat laporan itu tapi ada pihak tak terima keputusan expert itu. Ini jadi masalah kalau kita suruh pakar buat kajian, tapi tolak. Apa guna suruh pakar buat kajian," katanya.
Selain kehilangan pelaburan, 600 pekerja tempatan juga akan hilang pekerjaan jika Lynas ditutup, katanya.
"Enam ratus pekerja di situ orang kita, mereka tak takut pun, mintak (operasi) diteruskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 08 2019
Dr Mahathir berkata pelabur asing langsung sedang memerhatikan tindakan kerajaan terhadap Lynas. - Gambar fail
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini menarik balik dua permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan berhubung syarat lesen operasinya.
Lynas Australia umum tutup operasi di Malaysia
Lynas Australia merancang untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat campuran nadir bumi pada suku Disember tahun ini susulan kejatuhan saham syarikat tersebut.
MOSTI nilai tahap keselamatan projek rintis REE di Perak
MOSTI akan menilai tahap keselamatan projek rintis perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Perak dengan memeriksa teknologi dan teknik yang digunakan.
Lynas dapat kebenaran semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) untuk memulakan dua prosiding semakan kehakiman terhadap kerajaan.
Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak
Rayuan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditolak, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
MoU pelaburan syarikat berkaitan teknologi dijangka dimeterai ketika lawatan PM ke China
Chang berharap dapat bertemu dengan rakan sejawatnya di China untuk membincangkan aspek berkaitan sains, teknologi dan inovasi.
Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.
MOSTI dalam proses pertimbang rayuan Lynas
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima surat rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan syarat lesen operasinya di Malaysia.
"Kalau bahaya, mana buktinya?" - Pekerja Lynas, penduduk rayu kerajaan benarkan terus beroperasi
Ratusan pekerjan melakukan demonstrasi aman, meluahkan kebimbangan dengan nasib mereka dan berharap kerajaan mendengar rintihan mereka yang kini buntu memikirkan masa depan.
Lynas nafi tahap radioaktif tinggi dalam air bawah tanah berdekatan loji
Lynas Malaysia menafikan terdapat tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah berdekatan lojinya di Gebeng, Kuantan.