SEPANG: Dengan lebih 40 peratus pelarian di seluruh dunia berasal dari negara-negara Islam, sudah tiba masanya bagi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menubuhkan jabatan khas untuk pelarian, kata bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar.
Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) itu berkata jabatan itu diperlukan untuk menangani pelbagai masalah mengenai pelarian terutamanya membabitkan akses kepada pendidikan kerana sebahagian besar mereka ialah kanak-kanak.
"Ia harus diselaraskan dengan lebih baik, kita gabungkan sumber atau komitmen politik. Perlu ada keazaman politik untuk melaksanakannya dan badan yang dapat menyelaras dan menyegerakkan semua aktiviti ini.
"Ia perlu supaya prosedur operasi standard dapat dicontohi. Semua perkara ini akan membantu kita menguruskan pelarian dengan lebih baik," katanya kepada Bernama di luar Seminar Antarabangsa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (IPHRC) yang kelapan, di sini Rabu.
Syed Hamid yang juga pengerusi Kumpulan Penasihat mengenai Myanmar berkata OIC telah banyak membantu pelarian tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan, terutama dari segi pelaksanaan yang memerlukan usaha diselaraskan melalui badan serantau dan antarabangsa.
Sementara itu, Wakil Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia, Thomas Albrecht berkata terdapat lebih 10 juta kanak-kanak pelarian di seluruh dunia dan 40 peratus daripada mereka tidak mempunyai akses kepada pendidikan.
"Kita berdepan bahaya sebenar dengan memperjudikan masa depan berjuta kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata pendidikan penyelesaian mampan yang memberi mereka peluang untuk menyumbang kepada komuniti tuan rumah dan menghalang mereka menjadi mangsa eksploitasi serta pengaruh negatif.
Albrecht berkata tanpa pendidikan, pelarian kurang menyumbang kepada negara asal mereka apabila mereka memilih untuk kembali dan sering tidak layak mendapat peluang pendidikan atau pekerjaan di negara ketiga.
Seorang lagi panelis, Dr Abdul Razak Ahmad menggesa projek kolaboratif antarabangsa pada skala global yang menyatukan organisasi, negara dan perniagaan antarabangsa untuk mendidik pelarian dengan ilmu kemahiran dan kecekapan yang paling relevan.
"Projek yang dapat memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjadikan mereka relevan di pasaran pekerjaan serta melengkapkan mereka dengan kemahiran agar tidak kira di mana berada, mereka mempunyai kecekapan dan kepakaran yang diperlukan untuk menjadi ahli masyarakat yang memberi manfaat," kata Pengarah Pengasas Bait Al Amanah, sebuah institut penyelidikan bebas.
Beliau berkata projek global untuk menyediakan penyelesaian kepada pelbagai masalah membabitkan pendidikan pelarian dan kemahiran harus menjadi tugas masyarakat awam.
Seminar Antarabangsa OIC -IPHRC kali kelapan yang bertemakan " Islamic Perspectives on the Protection of Refugees - Rights and Access to Education" dihadiri kira-kira 200 peserta termasuk perwakilan dan pemerhati dari lebih 40 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Terdapat lebih 10 juta kanak-kanak pelarian di seluruh dunia dan 40 peratus daripada mereka tidak mempunyai akses kepada pendidikan. - Foto fail/REUTERS
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.

OIC kecam tindakan Knesset Israel larang operasi UNRWA
Langkah itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB, serta usaha berterusan Israel untuk hapuskan isu pelarian Palestin.

OIC kecam serangan Israel di utara Gaza
Rakyat Palestin mempertikaikan dakwaan Israel, mengatakan serangan maut itu bertujuan untuk memaksa mereka meninggalkan kawasan itu untuk selama-lamanya.

Atlet Palestin bersemangat sertai sukan Olimpik 2024
Jibril Rajoub menegaskan keazaman para atlet Palestin untuk menyertai kejohanan berkenaan meskipun berdepan kesukaran.

Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama
Dengan meneliti situasi sebenar di selatan Thailand, negara-negara OIC dapat mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan masyarakat pelbagai agama.

Pemimpin Islam Selatan Thailand minta delegasi OIC wujud polisi keamanan negara Islam
Polisi keamanan berkenaan perlu ada satu resolusi dan jalan penyelesaian untuk mencapai keamanan.

Malaysia komited tingkatkan peranannya dalam hal ehwal antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata, dalam mencapai aspirasi itu negara memerlukan tenaga profesional yang kompeten di Kementerian Luar.

Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir
Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.

OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Iyad Ameen
OIC menggerakkan usaha untuk menguruskan aspek politik dan kemanusiaan membabitkan pelarian Rohingya sebagai sebahagian kempen untuk menyokong minoriti Islam yang ditindas di Myanmar.

Malaysia pembekal utama peralatan perubatan dalam kalangan negara OIC
Malaysia adalah pembekal utama peralatan perubatan hospital dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).