Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru masyarakat supaya menolak amalan politik yang tidak beretika dan sebaliknya memperjuangkan budaya politik yang berintegriti tinggi.
"Bagi saya, (kita) mesti memberikan tekanan (kepada ahli politik) dan mesti menegaskan bahawa kita tidak akan bertolak ansur lagi dengan politik yang tidak beretika.
"Kita mesti dengan jelas dan tegas memberitahu bahawa politik hendaklah diamalkan dengan integriti yang tinggi," katanya.
Tegas Tengku Razaleigh, politik itu tidak kotor tetapi yang kotor adalah orang politik.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran buku 'Malaysia Kaya, Rakyat Miskin' tulisan Anas Alam Faizli, pada Khamis.
Tengku Razaleigh berpendapat politik berintegriti tinggi boleh dicapai dengan merombak sistem pendidikan daripada sistem yang mengutamakan keputusan peperiksaan kepada sistem yang memberi penekanan kepada pemikiran kritikal dan logik serta pembacaan umum.
"Kita mesti menyemak semula falsafah pendidikan untuk memberikan kepentingan yang sama kepada kegiatan dalam kelas dan di luar kelas dalam mendidik generasi muda Malaysia menjadi pemimpin," katanya.
Tengku Razaleigh membangkitkan isu politik beretika itu sebagai mengulas isu-isu semasa yang dibangkitkan dalam buku Malaysia Kaya, Rakyat Miskin itu khususnya mengenai Petronas dan pendidikan.
Menyentuh soal ekonomi, Tengku Razaleigh memuji falsafah serta perancangan pelan program sosial bagi Dasar Ekonomi Baru (DEB), serta menyifatkannya sebagai 'sangat adil dan baik'.
Namun kata beliau pelaksanaan dasar tersebut menjadi kelam kabut kerana terdapat unsur kronisme dan merentir oleh sesetengah pihak dan menurut beliau, akibatnya sasaran yang dibuat gagal dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Selain itu, Tengku Razaleigh juga menegur wang yang dibelanjakan syarikat petroleum negara, Petronas yang telah membantu banyak syarikat dan bank termasuk pembinaan menara berkembar KLCC dan juga Putrajaya yang menelan kos sebanyak hampir RM500 bilion.
Katanya wang sebegitu sebaliknya boleh digunakan dengan lebih produktif untuk program pesara bagi rakyat Malaysia seperti yang dilaksanakan di setengah negara Eropah utara.
Buku tulisan Anas itu merupakan himpunan esei beliau dalam setahun yang mengulas pandangannya tentang tenaga, ekonomi dan pendidikan di Malaysia.
Haider Yutim
Fri Apr 04 2014
![Tiba masa untuk tolak politik tidak beretika - Ku Li Tiba masa untuk tolak politik tidak beretika - Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/41396536876_295x200.jpg)
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
![Sokong PM: 'Saya masih Ahli Parlimen PN' - Mohd Azizi Sokong PM: 'Saya masih Ahli Parlimen PN' - Mohd Azizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700550475_TBMohdAzizi.jpg)
Sokong PM: 'Saya masih Ahli Parlimen PN' - Mohd Azizi
Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim akhirnya bersuara di Dewan Rakyat pada Selasa susulan kontroversi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Bersatu jumpa Pas, bincang tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Bersatu jumpa Pas, bincang tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699424390_AhliParlimenGuaMu.jpg)
Bersatu jumpa Pas, bincang tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang
Bersatu Kelantan akan berjumpa dengan pimpinan Pas negeri bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Demi rakyat Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi daripada PN isytihar sokong Anwar Demi rakyat Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi daripada PN isytihar sokong Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699371835_AhliParlimenGuaMu.jpg)
Demi rakyat Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi daripada PN isytihar sokong Anwar
Ahli Parlimen Gua Musang daripada Perikatan Nasional, Datuk Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada Selasa.
![Bajet 2023: Kerajaan kena kawal kejatuhan nilai ringgit - Ku Li Bajet 2023: Kerajaan kena kawal kejatuhan nilai ringgit - Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636192559_debatawani.jpg)
Bajet 2023: Kerajaan kena kawal kejatuhan nilai ringgit - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengharapkan supaya kerajaan mengawal kedudukan tukaran asing bagi menangani isu kos sara hidup menerusi pembentangan Belanjawan 2023 nanti.
![PRU15 pilihan raya paling sukar, bakal timbul banyak lagi masalah - Ku Li PRU15 pilihan raya paling sukar, bakal timbul banyak lagi masalah - Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603548106_debatawani.jpg)
PRU15 pilihan raya paling sukar, bakal timbul banyak lagi masalah - Ku Li
Semua parti politik termasuklah BN akan berhadapan kesukaran disebabkan banyak faktor termasuklah ekonom.
![Demi kepentingan rakyat, Ku Li sedia jadi PM Interim Demi kepentingan rakyat, Ku Li sedia jadi PM Interim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623817840_debatawani.jpg)
Demi kepentingan rakyat, Ku Li sedia jadi PM Interim
Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak menolak sekiranya diberi kepercayaan untuk dipilih sebagai Perdana Menteri interim.
!['As soon as possible' beri pelbagai tafsiran - Ku Li 'As soon as possible' beri pelbagai tafsiran - Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603548106_debatawani.jpg)
'As soon as possible' beri pelbagai tafsiran - Ku Li
Ujarnya, ada pihak yang berpendapat, ungkapan itu dalam bahasa Inggeris membawa erti 'it is like yesterday' atau 'semalam'.
![Pemimpin UMNO terlampau memikirkan diri sendiri - Ku Li Pemimpin UMNO terlampau memikirkan diri sendiri - Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609753437_Razaleighhamzah.jpg)
Pemimpin UMNO terlampau memikirkan diri sendiri - Ku Li
Beliau berpendapat sikap sebegini tidak seharusnya disebatikan dalam tugas sebagai pemimpin masyarakat.
![Tengku Razaleigh tidak berniat jadi Perdana Menteri Tengku Razaleigh tidak berniat jadi Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609753437_Razaleighhamzah.jpg)
Tengku Razaleigh tidak berniat jadi Perdana Menteri
Ahli Parlimen, Gua Musang itu bagaimanapun menyuarakan sekiranya diberi peluang, beliau mahu mengukuhkan nilai Ringgit.
![Tindakan Ku Li tidak senada pendirian UMNO - Penganalisis Tindakan Ku Li tidak senada pendirian UMNO - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608103883_sidangmediaTunM.jpg)
Tindakan Ku Li tidak senada pendirian UMNO - Penganalisis
Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah bersama Dr Mahathir persoal kepimpinan Muhyiddin beri kesukaran kepada UMNO.