Tidak ada unsur penipuan bagi isu terlebih bayar untuk penyenggaraan bulanan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepertimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 Siri Satu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Menurutnya, PDRM tidak bertanggungjawab dalam pembayaran tersebut dan ia merupakan bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri, serta dilunaskan berdasarkan kontrak.
Beliau berkata, PDRM juga sudah memberi penjelasan berhubung pembayaran bulanan helikopter tersebut kepada Jabatan Audit Negara, sebelum ini.
"Daripada apa yang saya dimaklumkan, berdasarkan kontrak syarikat penyenggaraan bersetuju memberikan diskaun 25 peratus kepada hanya tiga unit helikopter, manakala caj penyenggaraan unit helikopter keempat perlu dibayar penuh oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) Semalaysia Bil 3/2020 di sini hari ini.
Abdul Hamid berkata, beliau juga akan meminta penjelasan lanjut daripada Jabatan Audit Negara mengenai laporan berkenaan, memandangkan pihaknya sudah menjelaskan mengenai pembayaran penuh caj penyenggaraan helikopter, yang dibuat sebelum ini.
"Apabila perkara ini dibangkitkan di dalam laporan tersebut, ia menunjukkan seolah-olah PDRM melakukan kecuaian," katanya.
LKAN Tahun 2019 Siri 1 yang dibentangkan pada Isnin mendedahkan, PDRM membuat bayaran lebihan berjuta ringgit bagi penyenggaraan beberapa buah helikopter yang tidak aktif.
Laporan itu menyebut, bahawa Klausa 15.2 di dalam kontrak perkhidmatan penyenggaraan menyatakan, yang selepas enam bulan helikopter tidak aktif, bayaran tetap bulanan penyenggaraan helikopter yang dikenakan untuk satu helikopter, akan dikurangkan sebanyak 25 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) Bil 3/2020 hari ini. - BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.
Sistem pajakan helikopter lebih telus, elak beban kewangan negara - Anwar
Kaedah itu membolehkan kerajaan membuat penjimatan dari segi keperluan penyelenggaraan dan kerosakan yang menjadi masalah besar ketika ini.
Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol
Misi itu membabitkan penerbangan membawa 1.3 tan kanvas tarpal untuk khemah sementara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.
Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter
Langkah itu wajar memandangkan Kelantan antara negeri yang lazimnya mengalami banjir lebih teruk berbanding negeri lain.
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas di barat laut Iran pada Ahad.
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.