Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana syarikat pengawal keselamatan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti kongsi gelap termasuk menggaji pekerja yang terlibat dengan kegiatan itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan pantas dan tegas akan diambil terhadap syarikat berkenaan termasuk membatalkan lesen operasi secara serta-merta.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan yang pantas berhubung aktiviti syarikat keselamatan yang menggaji ahli-ahli kongsi gelap khususnya di Selangor, ini memandangkan maklumat risikan PDRM kegiatan ini berlaku di Selangor sahaja," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata pada 18 April lepas, 19 individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap ditangkap, tujuh daripadanya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bunuh manakala selebihnya didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
"Rakyat tidak perlu bimbang dengan keadaan ini, saya beri jaminan penglibatan kongsi gelap (dalam syarikat kawalan keselamatan) adalah pada tahap rendah dan terkawal," katanya.
Menjawab soalan tambahan Noraini berhubung faktor yang menyebabkan syarikat keselamatan menggaji anggota kongsi gelap, Ahmad Zahid berkata terdapat dua faktor penyebab iaitu kemungkinan syarikat itu dibeli oleh pemilik lain yang ada hubungan dengan kumpulan kongsi gelap dan kemungkinan lesen syarikat disewakan kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan itu.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 48 buah syarikat keselamatan telah dibatalkan lesennya kerana gagal memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KDN.
Menjawab soalan tambahan Siti Zailah Muhd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Ahmad Zahid berkata secara rasmi, terdapat 44,174 orang pengawal keselamatan warga asing di negara ini, dan hanya warga Nepal diluluskan untuk digaji sebagai pengawal keselamatan.
"Sejumlah 150,000 pengawal keselamatan pula adalah orang tempatan, kita juga mengehadkan jumlah syarikat keselamatan sebanyak 800 syarikat sahaja kerana industri ini cukup terkawal," katanya.
Siti Zailah ingin tahu sejauh mana pemantauan KDN bagi memastikan pengawal keselamatan adalah mereka yang benar-benar layak dan diambil secara sah.
Bernama
Tue May 26 2015

ZAHID: Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana syarikat pengawal keselamatan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti kongsi gelap termasuk menggaji pekerja yang terlibat dengan kegiatan itu. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.