Filem atau drama yang dilihat menyentuh sensitiviti agama tidak harus disiarkan di Malaysia, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz.
Beliau berkata berbeza dengan negara lain, Malaysia adalah unik kerana mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama yang mempertahan amalan budaya dan agama masing-masing.
"Apabila berbicara tentang hal keagamaan, kita kena berhati-hati kerana apabila satu pihak tersinggung, ia boleh menjejas keharmonian dan kesejahteraan masyarakat yang terjalin sejak zaman (mencapai) kemerdekaan lagi.
"Sama juga dengan filem dan drama yang berperanan menyampaikan mesej kepada masyarakat. Ia tidak seharusnya memburuk-burukkan orang lain...terutama dalam soal keagamaan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan persembahan amal kebudayaan di sini hari ini.
Beliau mengulas isu filem Tamil 'Vishwaroopam' arahan dan lakonan Kamal Hassan yang mula ditayang di seluruh negara bermula 24 Jan lalu, namun dihentikan pada hari kedua selepas mendapat arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Maglin berkata terserah kepada KDN untuk menentukan sama ada tayangan filem itu boleh diteruskan.
Sementara itu, RM5,000 atau 25 peratus daripada hasil jualan tiket Malam Persembahan Kebudayaan Amal Kanak-kanak berkenaan disumbangkan untuk menampung kos rawatan G.Darvin, kanak-kanak berusia enam tahun yang menghidap leukemia.
Ia disampaikan Maglin kepada ibu bapa Darvin dengan disaksikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan.
Bapa berkenaan, V.Ganesan, 32, berkata anaknya disahkan menghidap penyakit itu sejak Ogos tahun lalu.
Jelasnya, kira-kira RM32,000 setahun diperlukan untuk merawat Darvin dan kos itu amat berat untuk ditanggungnya.
Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin mengenai keadaan kesihatan anaknya.
Bernama
Sun Feb 03 2013


RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Tiada tempat untuk filem sentuh sensitiviti agama - Maglin
Filem atau drama yang dilihat menyentuh sensitiviti agama tidak harus disiarkan di Malaysia, kata Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Jelitawan Filipina Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012
Rizzini Alexis Gomez dari Filipina menewaskan 55 pesaing lain dari seluruh dunia untuk dimahkotakan sebagai Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012 di ambang tahun baru di sini malam ini