Solat Jumaat di negeri ini tidak perlu diadakan pada 3 dan 10 April bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata, semua masjid dan surau di negeri ini juga tidak perlu mengadakan solat fardu lima waktu secara berjemaah, sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri Malaysia yang mengumumkan lanjutan tempoh kawalan pergerakan sehingga 14 April 2020.
"Serta berpandukan ketetapan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bertarikh 25 Mac 2020, berkaitan mendirikan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah di masjid-masjid, surau diri Jumaat dan surau-surau.
"Dimaklumkan, ketetapan berkenaan wajib dipatuhi oleh semua masjid dan surau di negeri Perak sehingga solat Isyak, 14 April, 2020," katanya.
Ujarnya lagi, solat Jumaat itu wajib diganti dengan menunaikan solat Zuhur di rumah masing-masing.
Menurut Shahrul Azam, perkara itu penting dalam usaha menghentikan rantaian penularan COVID-19 yang setakat Sabtu telah mengorbankan 27 nyawa di seluruh negara.
"Semua Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Negeri Perak hendaklah melaksanakan arahan yang ditetapkan sehingga 14 April 2020," katanya.
Aida Aziz
Sun Mar 29 2020
Solat Jumaat yang tidak dibuat secara berjemaah di surau dan masjid itu wajib diganti dengan menunaikan solat Zuhur di rumah masing-masing. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Omicron: Duduk rumah atas inisiatif sendiri, tak perlu tunggu arahan kerajaan - Pakar
Orang ramai tidak perlu tunggu arahan daripada kerajaan sebaliknya mengambil langkah proaktif berbuat demikian.
Sekatan pergerakan kendiri perlu untuk putuskan rantaian jangkitan - Sultan Johor
Sultan Ibrahim bertitah, dengan lebih 7,400 kes dicatatkan semalam, situasi itu amat membimbangkan serta memerlukan hampir semua pihak duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan.
Duduk rumah, beri ruang KKM kurangkan pesakit khususnya di ICU - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus kekal untuk kuarantin diri dan kawalan kendiri di rumah bagi tempoh dua minggu.
COVID-19: R-naught Malaysia kini 1.1 - KP Kesihatan
Katanya, RO dapat dikurangkan dari 2.2 ketika bermula gelombang ketiga pada 20 Sept lepas kepada 1.1 semalam ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
'How about we all stay at home for a while again?' - Apa maksud tweet KP Kesihatan?
Terbaharu, satu ciapan yang dimuat naik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi tumpuan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Gelombang kedua COVID-19: Sultan Kedah titah agar rakyat tenang, tidak panik
Rakyat diminta berhati-hati dan patuh arahan yang ditetapkan kerajaan dengan sentiasa berada di rumah dan tidak keluar tanpa sebarang tujuan.
Perbahasan berkenaan PKP Bersyarat - Kes perbincangan yang tersasar
Susulan PKPB, perdebatan sangat sengit terjadi di antara mereka yang menyambut dan menyokong keputusan itu dan mereka yang menentangnya, mengatakan ia keputusan yang melulu dan tidak bertanggungjawab.
Penuntut IPT didenda RM1,000 keluar rumah buat tugasan
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas penuntut lelaki berumur 20 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.
Jangan alpa di sebalik pelaksanaan PKPB, COVID-19 masih ada
PKPB bermula Isnin ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam, merupakan satu khabar gembira buat rakyat Malaysia.
COVID-19: Jangan ambil mudah situasi penurunan kes, kekal berada di rumah!
KKM juga khuatir masyarakat alpa lalu mengambil mudah nasihat-nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan kerana memikirkan bahawa wabak itu hampir selesai.