Luahan kebimbangan Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap sikap ambil mudah orang ramai, terutama penduduk di kawasan zon hijau COVID-19, nyata memberi gambaran masih ada yang memandang remeh usaha keras kerajaan mengekang pandemik 'maut' itu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, KKM juga khuatir masyarakat alpa lalu mengambil mudah nasihat-nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan kerana memikirkan bahawa wabak itu hampir selesai.
Hakikatnya, peperangan kita menentang COVID-19 masih belum menemui titik noktahnya.
Perlu diingat, selagi kerajaan tidak mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka prosedur operasi standard (SOP) serta undang-undang pelaksanaan PKP masih terpakai.
Sehubungan itu, perjuangan Malaysia untuk memerangi COVID-19 memerlukan kerjasama daripada seluruh masyarakat di negara ini bagi memastikan negara benar-benar 'bersih' daripada pandemik itu yang mula 'bertapak' di negara sejak awal tahun ini.
PKP, yang bermula sejak 18 Mac lepas, dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bagi fasa empat bermula 29 April hingga 12 Mei.
Peningkatan kes tangkapan individu ingkar PKP seperti dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian semalam, juga menunjukkan masih ada rakyat yang tidak mahu memberikan kerjasama untuk sama-sama memastikan rantaian COVID-19 ini tamat.
Sedangkan barisan hadapan negara masih bertungkus lumus melaksanakan semua langkah perlu dan dalam masa yang sama memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan rakyat sepanjang PKP berkuat kuasa.
Janganlah kerana sikap acuh tak acuh ini, akan menjadi faktor utama menyebabkan semua usaha kerajaan menentang penularan COVID-19 selama ini gagal dan tidak bermakna.
Langkah kerajaan melaksanakan PKP bukanlah satu keputusan yang mudah namun keputusan kerajaan melanjutkan PKP ke fasa empat bermula 29 April ini selama dua minggu adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
PKP fasa ketiga yang bakal berakhir Selasa ini mula menampakkan kejayaan apabila kes baharu kekal pada dua digit sejak seminggu lepas selain menyaksikan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dianggap berisiko bertambah kepada tujuh lokasi dan aktiviti pengesanan kes positif dalam komuniti terus diperkasakan.
Begitu juga kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah discaj daripada wad sehingga semalam seramai 99 kes pulih menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,762 kes sekali gus disifatkan KKM bahawa bilangan kes discaj itu adalah hampir dua kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan iaitu 51 kes.
Dengan antigen Rapid Test Kit dari Korea Selatan yang dijangka tiba minggu hadapan, kapasiti ujian pengesanan COVID-19 juga akan ditingkatkan kepada 20,000 sehari berbanding 16,000 pada masa sekarang.
Jelas bahawa kerajaan terutama KKM tidak pernah penat dalam usaha memastikan keberhasilan usaha menentang COVID-19 bagi memastikan Malaysia 'bersih' daripada ancaman pandemik COVID-19 yang sehingga kini meragut 98 nyawa.
Jika barisan hadapan terus bersemangat sanggup berpanas berhujan dan berembun, masyarakat di negara ini sama sekali tidak mempunyai alasan untuk tidak mematuhi rayuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak pernah penat malah dalam nada kasual setiap kali bersiaran menerusi perutusan khas beliau menyampaikan mesej kepada rakyat untuk duduk di rumah sehingga PKP berakhir.
Tidak banyak yang diminta perdana menteri dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah: "Saya ingin merayu kepada saudara saudari, tolonglah 'stay put where you are'. Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu ke mana-mana. Dengan cara ini saudara saudari terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularan wabak ini insya-Allah dapat dibendung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 25 2020
Perjuangan Malaysia untuk memerangi COVID-19 memerlukan kerjasama seluruh masyarakat bagi memastikan negara benar-benar 'bersih' daripada pandemik itu.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.