KUALA LUMPUR: Masyarakat tidak pernah melupakan golongan pemandu teksi dalam isu pemberian bantuan kepada mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menjelaskan ujian pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia tentunya memberi impak besar buat semua masyarakat.
“Ujian ini sebenarnya untuk kita bersama-sama menghadapinya dan membantu saudara-saudara kita. Oleh yang demikian PPIM bersama-sama beberapa organisasi, penaja dan penyumbang berganding bahu bagi menyalurkan bantuan.
"Berdasarkan maklum balas yang kami terima dari penyelaras, pemandu teksi juga merupakan golongan yang tidak terkecuali berhadapan saat getir ini. Mereka sangat memerlukan sumbangan bantuan dengan kadar segera terutama bagi mereka yang merupakan golongan asnaf dan B40.
"Kami dengan ini berusaha bersama-sama menguruskan untuk menghantar bantuan sumbangan dan beberapa keperluan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Jelas Nadzim lagi, ramai yang telah kehilangan tempat tinggal, harta benda serta terputus sumber pendapatan kini.
Katanya, PPIM di bawah selian Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), KINGZ Motorcycle Group, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWIP), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd & Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) telah berkolaberasi bagi agihan Sumbangan Infaq Rezeki berjumlah RM16,000 kepada 200 pemandu teksi KLIA yang terkesan akibat pandemik.
Ujarnya, agihan itu turut melibatkan jalinan kerjasama dan tajaan beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd.
Mengulas isu sama, Ketua Operasi - Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri mahu pemandu teksi dan penerima bantuan merasakan masih ada yang peduli dan sayang kepada mereka.
"Bentuk bantuan yang diberikan adalah berupa barangan asas keperluan dapur. Setakat hari ini, sebanyak lebih 100,000 penerima manfaat Infaq Rezeki telah disalurkan.
"Melalui jalinan kerjasama dari pelbagai agensi ini juga akan memberikan impak positif dan kami sentiasa membuka ruang kepada mereka yang ingin bersama-sama dalam misi bantuan Infaq Rezeki supaya lebih ramai akan menerima manfaat.
"Dana bagi gerak kerja ini dikumpulkan melalui sumbangan orang ramai mengunakan platform dalam talian iaitu sumbangan.com," katanya.
Astro Awani
Sat Jul 24 2021
Ketua Cawangan Sumber Manusia PERKESO, Mohd Razmi Khalid (tengah) bersama, Siti Khadijah (kiri) dan pengasas Kingz Motor Group (kanan) semasa misi Infaq Rezeki di KLIA baru-baru ini. - Gambar PPIM
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.