KUALA LUMPUR: Ketegasan dan konsistensi mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam memastikan keterbukaan bagi menjamin semua rakyat di negara ini merupakan satu perkara yang wajar diteladani semua pihak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesej dan perjuangan yang disampaikan sewaktu hayat Allahyarham membuatkan tiada sesiapa yang mampu mempertikaikan bahawa Tun Dr Ismail itu merupakan seorang nasionalis tulen.
Malah, ujar beliau lagi, perjuangan Allahyarham yang banyak mencorakkan perjalanan negara – dari zaman pra-kemerdekaan sehinggalah penyertaan Sabah dan Sarawak sehingga terbentuknya Malaysia – menjadi sebuah negara sarat dengan perpaduan dan aman damai.
“Saya masih ingat, ucapan Allahyarham dalam persidangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tak lari, tetapi secara tuntas dan konsisten menekankan keperluan negara ini diselamatkan dengan satu sikap terbuka, untuk menerima semua warga negara dalam satu semangat kekeluargaan yang tulen.
“Ini yang harus kita pelajari, mengenang jasa tokoh silam bukan bicara debu debunya (semata-mata), bukan untuk bernostalgia tetapi untuk menghidupkan idealism, mesej, suara keramat mereka, bagaimana mahu meletakkan asas dan selamatkan negara bangsa,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail – Tonggak Perpaduan Negara, anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital di ibu negara, hari ini.
Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta ahli-ahli keluarga Tun Dr Ismail itu, turut dihidangkan sebuah dokumentari pendek oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang memaparkan perjalanan kehidupan Allahyarham.
Tun Dr Ismail turut dikenang sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertanggungjawab memastikan keamanan negara selepas peristiwa berdarah 13 Mei, 1969, yang menyaksikan permusuhan antara kaum Melayu dan Cina memuncak.
Sumbangan terbesar Allahyarham seperti yang tercatat dalam sejarah negara, ialah bagaimana beliau berjaya mengembalikan keyakinan majoriti rakyat terhadap kerajaan ketika itu, dan seterusnya menjadi faktor Malaysia kembali aman.
Pada 2 Ogos 1973, Tun Dr Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung, dan jenazahnya disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur, menjadikan Allahyarham sebagai pemimpin pertama yang disemadikan di situ.
Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau sebagai seorang pemimpin mahasiswa ketika itu agak gerun dengan Tun Dr Ismail, berbanding pemimpin-pemimpin lain.
Mengimbas pertemuan dalam satu majlis di Johor Bahru, Anwar berkata – “Kalau depan (Allahyarham) Tun Abdul Razak ketika itu saya berani, Menteri-menteri lain saya keras. Tetapi dengan Tun Dr Ismail saya perlembutkan bahasa dan isi kerana saya gerun kepada dia.
“Tapi sebaik selesai dia panggil saya, disaksikan oleh (Allahyarham) Tan Sri Osman Saat (Menteri Besar Johor ketika itu), dan memberi galakan kepada saya. Seorang tokoh negarawan yang tahu anak muda punyai idealisma, kerana yang kita pertahankan masa itu adalah bahasa. Mahu kerajaan tegas martabatkan bangsa kebangsaan,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Anwar berkata, beliau secara peribadi amat menghormati jasa peninggalan Allahyarham, dan berharap agar generasi muda kini dapat mencontohi ketegasan Tun Dr Ismail dalam usaha melonjakkan negara ke peringkat yang lebih baik.
Firdaus Azil
Wed Aug 02 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiri Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj Tonggak Perpaduan Negara yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Tiada siapa boleh pertikai Tun Dr Ismail seorang nasionalis tulen - PM Anwar
Mesej dan perjuangan yang disampaikan sewaktu hayat Allahyarham membuatkan tiada sesiapa yang mampu mempertikaikan bahawa Tun Dr Ismail itu merupakan seorang nasionalis tulen.