Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Richard Riot Jaem pada Isnin berkata tiada sebab baginya meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
Kata Riot walaupun empat wakil rakyat telah keluar daripada SUPP untuk menyertai TERAS minggu lepas, beliau tidak nampak tempat untuknya dalam parti baharu itu sekiranya beliau dipelawa berbuat demikian.
"Kenapa saya perlu meninggalkan kedudukan saya sekarang untuk menyertai TERAS, sedangkan saya tidak tahu apa yang ada di sana (dalam TERAS) untuk saya?" katanya kepada pemberita di sini.
Menteri Sumber Manusia itu berkata sebagai anggota kabinet persekutuan, beliau akan patuh kepada nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
"Saya perlu patuh kepada bimbingan (keputusan) Perdana Menteri. Saya seorang menteri dan saya hanya beri tumpuan kepada tugas saya sebagai menteri. Saya perlu menjaga seluruh negara," katanya.
Jumaat lepas, bekas Penolong Setiausaha Agung SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh keluar daripada parti itu untuk menyertai Teras bersama tiga anggota dewan undangan negeri (ADUN) - Dr Jerip Susil (Bengoh), Dr Johnical Rayong (Engkilili) dan Ranum Mina (Opar).
Keputusan Wong meninggalkan SUPP berikutan perbalahan beliau selama tiga tahun mengenai kepimpinan parti itu dengan Presidennya Tan Sri Peter Chin Fah Kui.
Selain tiga ADUN daripada SUPP, enam wakil rakyat daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), termasuk Presidennya Tan Sri William Mawan Ikom dan seorang ADUN pembangkang, George Lagong, meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai TERAS yang memohon menyertai BN.
Sambil menghormati keputusan mereka menyertai TERAS, Riot berkata permohonan TERAS untuk menjadi parti komponen BN perlu mendapat persetujuan parti komponen BN lain.
"Ia memerlukan keputusan sebulat suara. Ia mesti berupa suatu konsensus. Sekiranya satu (parti komponen) tidak bersetuju, maka jawapannya adalah tidak boleh (untuk menerima TERAS ke dalam BN)," katanya.
Bernama
Mon May 19 2014

Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Richard Riot Jaem. --gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Richard Riot antara calon SUPP bertanding pada PRU15 - Dr Sim
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengesahkan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

KM Sarawak dan isteri hadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina secara maya
Prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang tidak membenarkan penganjuran rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina bukan penghalang untuk sambutan itu diraikan secara maya.

GPS masih kurang dikenali, perlu dipromosi lebih hebat - Abdul Karim
Barisan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa supaya lebih mendekati rakyat bagi memperkuatkan parti tersebut.

SPRM beku akaun bank SUPP
Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahkan perkara tersebut dalam dalam satu kenyataan di sini malam ini.

PRU14: SUPP sedia rampas kembali enam kerusi Parlimen
Amat penting bagi Barisan Nasional (BN) Sarawak mencapai kemenangan besar pada PRU14 bagi memperkukuhkan perjuangan negeri itu menuntut hak-haknya yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Selesaikan segera masalah SUPP, UPP - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak selain SUPP kembali menjadi sebuah parti pilihan di Sarawak.

Isu peruntukan kerusi SUPP, UPP, SPDP dan Teras diselesaikan sebelum p/raya - Adenan
Isu peruntukan kerusi kepada SUPP, UPP, SPDP dan Teras akan diselesaikan dengan sewajarnya sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

"Tiada sebab saya perlu tinggalkan SUPP," kata Riot
Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Richard Riot Jaem tidak nampak tempat untuknya dalam parti baharu itu sekiranya beliau dipelawa berbuat demikian.