Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan bom berani mati yang berlaku di Kota Suci Mekah pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan Kementerian Luar, Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini.

Jelas kenyataan itu, serangan pengganas berkenaan adalah lebih tragik memandangkan ianya berlaku dalam bulan Ramadan.

Serangan yang berlaku berhampiran dengan Masjidil Haram itu telah mencederakan 11 orang iaitu termasuk 5 orang pegawai polis Arab Saudi.

Jelas kenyataan itu, Kerajaan Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan.

Tambah kenyataan itu, keganasan merupakan ancaman global dan serangan di Mekah ini sekali lagi menunjukkan pentingnya masyarakat antarabangsa bersatu dalam menanganinya.

Kenyataan itu menjelaskan, Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi akan terus memantau situasi berkenaan.

Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, alamat dan nombor telefon Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi adalah seperti berikut:

Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah
Lot 241, Al-Mualiffin Street
Al Rehab District
P.O Box 593
21421 Jeddah
ARAB SAUDI
Tel: 0096612 6727740
0096612 6728019