PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menegaskan bahawa tiada plasebo digunakan dalam vaksin COVID-19 bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), seperti didakwa dalam satu video yang tular di media sosial.
Dalam satu kenyataan kementerian itu berkata penggunaan plasebo adalah satu keperluan dalam kajian klinikal, yakni ia merupakan intervensi yang tidak mengandungi komponen aktif yang dapat merawat atau mencegah sesuatu penyakit.
Menurut KKM, dalam sesuatu kajian klinikal kumpulan penerima akan dibahagi secara rawak iaitu satu kumpulan menerima bahan aktif dan satu lagi kumpulan menerima plasebo.
"Situasi ini hanya digunakan semasa kajian klinikal dan bukan dalam produk berdaftar yang digunakan dalam PICK," menurut KKM.
KKM menegaskan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dihasilkan melalui pengilang yang mematuhi standard antarabangsa seperti Amalan Perkilangan Baik (GMP), Skim kerjasama pemeriksaan farmaseutikal (PIC/S) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Pemantauan kualiti produk dilakukan sepanjang proses pengilangan, iaitu ujian kawalan kualiti akan dijalankan pada setiap kelompok sebelum dipasarkan dan bagi produk berdaftar, ia hanya mengandungi bahan aktif dan eksipien yang telah diperakukan oleh PBKD untuk dipasarkan dan bukan sejenis plasebo," kata KKM.
KKM berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga menilai dokumen pengilangan dan melakukan pemeriksaan rangkaian sejuk bagi setiap kelompok produk vaksin COVID-19 melalui proses 'Lot Release' dengan ketat bagi memastikan kandungan dan kualiti produk vaksin adalah terjamin.
Berhubung kandungan video berkenaan, KKM mempersoalkan bagaimana pihak dalam video itu memperoleh sampel vaksin COVID-19 dan menjalankan ujian kandungan vaksin, sedangkan penjualan dan pembekalan vaksin COVID-19 hanya dibenarkan kepada kerajaan dan pihak yang dibenarkan kerajaan sahaja.
KKM turut menganggap dakwaan dalam video berkenaan sebagai berita palsu dan satu usaha untuk menimbulkan kekeliruan kepada orang awam serta mencemarkan integriti kementerian itu.
KKM akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022
KKM turut menganggap dakwaan dalam video berkenaan sebagai berita palsu dan satu usaha untuk menimbulkan kekeliruan kepada orang awam serta mencemarkan integriti kementerian itu. - Gambar hiasan
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.
Lebih 870,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 43.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Lebih 660,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,477,888 kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Lebih 16 juta dewasa di Malaysia terima dos penggalak vaksin COVID-19
Sejumlah 22,963,644 atau 97.6 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.
Lebih setengah juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan umur 5 hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 487,728 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,425,865 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Hampir 200,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,371,120 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun, atau 38.6 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
44,376 kanak-kanak di Malaysia telah lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,353,370 atau 38.1 peratus kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
COVID-19: 15.85 juta populasi dewasa lengkap dos penggalak
Ia selepas pertambahan 4,253 dos penggalak direkodkan semalam.