Suntikan vaksin tidak akan dikenakan perintah mandatori.

Malah menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, kementeriannya akan terus menggunakan pendekatan pendidikan untuk memberi kesedaran kepentingan vaksin kepada orang ramai.

Meskipun ada beberapa negara telah melaksanakan perintah mandatori, namun Subramaniam berpendapat tidak semua perkara perlu dikuatkuasakan dengan undan-undang.

"Seperti menghisap rokok ia tidak salah di sisi undang-undang namun kita tidak mahu orang ramai menghisap rokok.

"Kami banyak melakukan kempen menghindari rokok. Jadi ini adalah satu prinsip jika kita mahu mendidik masyarakat," tambahmya.


Subramaniam juga berkata ketika ini kementeriannya juga sedang menjalin kerjasama kukuh bersama kementerian pendidikan bagi memastikan setiap sekolah memberi suntikan vaksin kepada murid-murid.

Jelasnya juga, vaksin disahkan halal oleh Majlis Fatwa Negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis pecah tanah bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ampang, pada Ahad.