Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia (FMM) 2016.
Beliau berkata industri perfileman perlu menjadi contoh kepada industri lain untuk menyatukan rakyat Malaysia.
"Mengapa mengasingkan. Jangan wujud pengasingan dalam budaya, sukan dan bidang lain yang menjadi medium perpaduan," katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan diminta mengulas mengenai keputusan Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia mewujudkan kategori filem dalam bahasa Malaysia dan bukan dalam bahasa Malaysia untuk dipertandingkan pada festival kali ini.
Filem 'Ola Bola' dan 'Jagat' yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia telah menimbulkan bantahan sebilangan penggiat filem tempatan.
"Ia mengejutkan filem seperti Ola Bola dan Jagat tidak dicalonkan di bawah kategori bahasa Malaysia," kata Dr Subramaniam.
BACA: 'Kami hormati Bahasa Melayu namun filem ada 'bahasanya' sendiri' - Pengarah 'Jagat'
BACA: Isu FFM28: Rahman Dahlan minta FINAS, PFM perhalusi keputusan
BACA: FFM: Tiada beza filem Bahasa Malaysia atau Bukan Bahasa Malaysia - KP Finas
Sabtu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilapor sebagai berkata beliau akan berbincang isu berkenaan dengan Finas.
Bernama
Mon Aug 08 2016
DR SUBRAMANIAM: Industri perfileman perlu menjadi contoh kepada industri lain untuk menyatukan rakyat Malaysia. - Gambar fail
Lelaki bersyukur akhirnya diiktiraf warganegara Malaysia selepas 40 tahun
Mohd Razwil berkata beliau menghabiskan keseluruhan usia remajanya di beberapa rumah kebajikan dan tidak pernah mengenali ibu bapa atau ahli keluarga yang lain.
Brazil berpotensi bagi industri semikonduktor Malaysia kurangkan risiko rantaian bekalan - Tengku Zafrul
Brazil, negara terbesar di Amerika Selatan, terletak dalam lokasi strategik langkah "Plus One" industri semikonduktor Malaysia bagi mengurangkan risiko terhadap daya tahan rantaian bekalan mereka.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Tabung Wakaf MARA MADANI kumpul RM21.1 juta setakat 13 Nov
Status terkini Tabung Wakaf Majlis Amanah Rakyat (MARA) MADANI menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah dana terkumpul sebanyak RM21.1 juta setakat 13 Nov lepas.
Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Hikmat Hajiyev
Bahan api fosil akan terus menjadi sumber tenaga dan tidak mungkin boleh digantikan dengan sumber tenaga boleh baharu sepenuhnya.
10 Berita Pilihan - (19 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat daerah dilanda banjir, Terengganu catat peningkatan bilangan mangsa
Empat daerah di Terengganu dilanda banjir iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu, setakat 10 malam ini.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
KKM bakal tawar kontrak baharu pastikan bekalan ubat cukup terutama insulin manusia
Dzulkefly memberi jaminan bahawa Malaysia tidak pernah mengalami kekurangan insulin manusia walaupun semasa gangguan pada Ogos.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.
Ambil ubat guna SMS, Pos Laju atasi kesesakan di klinik kesihatan - Dr S.Subramaniam
Pengambilan ubat dengan menghantar SMS sebelum datang ke klinik kesihatan dan penghantaran ubat ke rumah menggunakan khidmat Pos Laju akan diperkenalkan.
MIC siap siaga hadapi PRU14
Malaysian Indian Congress (MIC) sudah bersedia hadapi pilihan raya ke-14 dengan pimpinan yang lebih bersatu dari dahulu.
MIC perlu bijak urus persepsi negatif
MIC perlu bijak mengurus persepsi negatif yang cuba ditimbulkan sesetengah pihak supaya rakyat mengetahui kedudukan sebenar berhubung sesuatu isu, kata presidennya Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Semua parti komponen harus bergerak sebagai BN - Dr Subramaniam
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini menyarankan semua parti komponen termasuk UMNO, MIC dan MCA bergerak sebagai satu Barisan Nasional (BN).
MIC minta Finas tidak asingkan kategori filem berdasarkan bahasa
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia (FMM) 201
Kementerian Kesihatan bantah cadangan penanaman ketum untuk eksport
Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata ketum mempunyai ciri-ciri seperti ganja dan heroin yang boleh mendatangkan kesan negatif.
Amalkan pemakanan sihat semasa musim perayaan - Dr S.Subramaniam
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri meminta orang ramai agar tidak mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan kalori.
Tiada perintah mandatori untuk vaksin - Subramaniam
Suntikan vaksin tidak akan dikenakan perintah mandatori.
MIC akan adakan mesyuarat agung luar biasa 29 Mei
Dr Subramaniam berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan permintaan parti itu untuk menambah jumlah menteri dan timbalan menteri daripada MIC.
PM Najib arahkan Kementerian Kesihatan segera tangani masalah ICU HTAA, Kuantan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya segera mengambil tindakan untuk menangani masalah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan.