KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada masalah membenarkan syarikat swasta untuk menawarkan perkhidmatan Internet dan telekomunikasi melalui teknologi satelit, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ia dengan syarat syarikat berkenaan dapat menawarkan harga berpatutan kepada rakyat.
Beliau tidak menafikan kawasan luar bandar terutama di tempat yang berbukit-bukau akan tetap menghadapi masalah liputan walaupun menara telekomunikasi baharu dibina.
"Kerajaan memang berniat nak bagi liputan (Internet) terutama kepada kawasan-kawasan luar bandar menggunakan satelit, sebab kadang-kadang kawasan berbukit-bukau ini tak ada liputan, terlindung...kadang-kadang ada kawasan ladang yang serap liputan.
"Jadi ini penting, tetapi penggunaan satelit ini mahal, saya nak maklumkan kerajaan tak pernah naikkan harga (bil telekomunikasi), kecuali dia (pengguna) nak tambah data...tetapi kebanyakannya dari segi kadar nak bayar bil, kita kekalkan harga supaya boleh bantu rakyat," katanya pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab celahan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang ingin tahu sama ada kerajaan merancang menggunakan satelit bagi membekalkan liputan telekomunikasi dan Internet di kawasan pedalaman.
Berkaitan penyediaan rangkaian 5G, Zahidi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memastikan wujud kerjasama antara syarikat telekomunikasi seperti Telekom dengan penyedia tunggal infrastruktur dan rangkaian berkenaan iaitu Digital Nasional Berhad (DNB) bagi memastikan kejayaan inisiatif itu.
Sebelum ini MCMC menyatakan agensi itu akan mengawal selia serta memantau DNB bagi menjamin semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi mempunyai akses terbuka, adil dan saksama dalam pemerolehan jualan borong perkhidmatan jaringan 5G bagi pembangunan perkhidmatan runcit berasaskan teknologi 5G.
Sementara itu, beliau berkata 86 kertas siasatan dibuka MCMC berkaitan penyebaran kandungan berunsur penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi diraja sejak 2018 hingga Ogos lepas.
"Sebanyak empat kes telah pun dihadapkan ke mahkamah. Usaha yang dijalankan MCMC ini akan diteruskan berdasarkan laporan dan aduan awam yang diterima," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ia dengan syarat syarikat berkenaan dapat menawarkan harga berpatutan kepada rakyat. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan
Masalah rangkaian talian Internet di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang lemah menyebabkan kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma menjadi tumpuan media dan orang ramai.
Respons positif daripada platform media sosial terhadap kerangka kawal selia baharu - Fahmi
Wakil pelbagai platform yang ditemui mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan sedia untuk turut serta dalam proses berkenaan.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.
KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.
Kualiti internet menurun, Malaysia masih dalam kedudukan 40 terbaik kesejahteraan digital
Indeks Kualiti Hidup Digital ialah kajian yang dilakukan bagi menilai kualiti kesejahteraan digital di 117 negara atau 92 peratus daripada populasi global.
Gagal beri perkhidmatan bermutu, pembekal Internet berdepan tindakan - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengenakan tindakan kawal selia terhadap pembekal yang didapati gagal menyediakan perkhidmatan Internet berkualiti.
Rusia hadkan akses terhadap Google News
Sejak bermulanya pencerobohan ke atas Ukraine pada 24 Feb, kerajaan Rusia telah mengetatkan kawalan terhadap maklumat di Internet.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.