Kementerian Luar berkata tiada rakyat Malaysia jadi mangsa dalam insiden rempuhan trak semasa sambutan Hari Bastille di Nice, Perancis pada Khamis yang mengorbankan 80 orang dan 18 orang lagi cedera parah.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Kedutaan Malaysia di Paris sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti sama ada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam insiden itu.

"Kementerian Luar merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa insiden tersebut," kata kenyataan itu.