Kerajaan hari ini memutuskan bahawa tiada lagi kuarantin di rumah bagi rakyat Malaysia dan warga asing yang tiba di negara ini mulai 24 Julai ini.
Sebaliknya, individu-individu terbabit akan ditempatkan di stesen-stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mendapati terdapat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah.
“Mulai Jumaat ini (24 Julai), tiada lagi kuarantin di rumah, tetapi (kuarantin) di pusat-pusat kuarantin seperti yang kita buat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dulu.
“Mereka yang terlibat akan menanggung kos kuarantin di stesen-stesen kuarantin, sama ada di Institut Latihan Awam atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Serentak itu, katanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengenal pasti serta mewartakan lokasi bersesuaian sebagai stesen kuarantin.
Susulan keputusan tersebut, Ismail Sabri menambah, warga asing yang ingin memasuki negara ini diwajibkan menjalani ujian swab COVID-19 di negara asal dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan.
Tegas Ismail Sabri, kerajaan memandang serius insiden ketidakpatuhan SOP kuarantin di rumah yang menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.
Beliau menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, ujarnya pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun RM1,000 dan mendakwa individu terbabit di mahkamah.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 21 2020
![Tiada lagi kuarantin di rumah mulai 24 Julai, kos kuarantin ditanggung sendiri Tiada lagi kuarantin di rumah mulai 24 Julai, kos kuarantin ditanggung sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61595314629_IsmailSabri.jpg)
Tegas Ismail Sabri, kerajaan memandang serius insiden ketidakpatuhan SOP kuarantin di rumah yang menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly
Jumlah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang disahkan autisme meningkat kepada 1,681 kes pada tahun lalu berbanding 183 pada 2013.
![KKM akan ambil tindakan terhadap pengamal perubatan palsu KKM akan ambil tindakan terhadap pengamal perubatan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720777793_TBLukanisman.jpg)
KKM akan ambil tindakan terhadap pengamal perubatan palsu
Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan palsu dipercayai warga asing.
![Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720674506_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025 KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719806384_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025
Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.
![Kerajaan salur peruntukan RM1 juta bagi Bandar Selamat Terengganu Kerajaan salur peruntukan RM1 juta bagi Bandar Selamat Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719657056_TBFarokHussin.jpg)
Kerajaan salur peruntukan RM1 juta bagi Bandar Selamat Terengganu
Sebanyak RM1 juta diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi pelaksanaan Program Bandar Selamat di Terengganu pada tahun ini.
![KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
![KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719471939_TBLukanisman.jpg)
KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki
Kementerian Kesihatan mahu meningkatkan jumlah jururawat lelaki di negara ini kepada 10 peratus seiring keperluan sektor kejururawatan dan perkembangan teknologi .
![Usah pertikai, ragui kompetensi doktor 'parallel pathway' - Dr Dzulkefly Usah pertikai, ragui kompetensi doktor 'parallel pathway' - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719466331_TBDzulkeflyAhmad.jpg)
Usah pertikai, ragui kompetensi doktor 'parallel pathway' - Dr Dzulkefly
Orang ramai tidak sewajarnya mempersoal atau mempertikai kompetensi doktor perubatan yang mendapat kelayakan kepakaran melalui parallel pathway.