"Kami tidak sekali-kali ingin kembali kepada era diplomasi konfrontasi dan gemar melaungkan kata-kata retorik antara kedua-dua negara," demikian ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila merujuk kepada hubungan antara Malaysia dan Singapura.
"Kami mahu melupakan era itu dan tidak ingin sekali-kali kembali kepada era tersebut.
"Kami percaya kedudukan kerajaan sekarang merupakan kedudukan yang akan membawa manfaat bersama kepada Singapura dan Malaysia dan kami sentiasa berpegang kepada dasar kami, agenda kami dan kemampuan kami untuk menyampaikan manfaat sebenar dan ketara kepada rakyat Malaysia serta Singapura," kata beliau pada sidang media bersama bersempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kelapan di Istana di sini, hari ini.
Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong ditanya sama ada kerajaan kedua-dua negara boleh memberi jaminan bahawa Sistem Transit Rapid (RTS) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) akan tetap diteruskan sekiranya berlaku perubahan dalam persekitaran politik berikutan pilihan raya umum yang akan diadakan di Malaysia.
Dalam respons beliau, Lee berkata semua projek yang melibatkan lebih daripada sebuah negara dan memakan masa lebih daripada satu penggal pemerintahan "memerlukan komitmen jangka panjang".
BACA: Pemukiman bermula pertemuan antara Najib dan Hsien Loong
BACA: Malaysia-Singapura meterai perjanjian RTS
"Komitmen itu diberi secara formal, manakala perjanjian yang ditandatangani antara dua kerajaan hari ini merupakan suatu ikatan perjanjian yang terus terpakai, dan tidak kiralah siapa jua yang menjadi kerajaan di sebelah sana, perjanjian ini perlu mereka warisi dan menjadi pihak kepadanya.
"(Bagaimanapun) bagi pihak Singapura, saya tidak mempunyai sebarang keraguan tentang hasrat kami untuk melaksanakan apa yang telah kami tandatangani dan beri komitmen hari ini," katanya.
Malaysia dan Singapura menandatangani dua perjanjian dua hala berkaitan projek RTS dan HSR, yang masing-masing dijangka siap pada 2024 dan 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2018
Najib dan rakan sejawatannya Lee ketika sidang media bersama selepas Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia kelapan di Istana hari ini. --fotoBERNAMA
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Biden, Putera Mahkota Arab Saudi bincang diplomasi perang Palestin-Israel
Kedua-dua pemimpin itu juga mengalu-alukan bantuan kemanusiaan dari Mesir ke Gaza.
Perjanjian nuklear: Iran komited kepada diplomasi, rundingan pelbagai hala
Iran sentiasa berusaha untuk mematuhi diplomasi dan menyumbang kepada rundingan bagi menyelesaikan isu nuklear.
Gelaran 'abang' beri impak bahasa diplomasi, tidak jejas dasar luar - Pakar
Cuma bahasa yang digunakan, menyebut 'abang besar' itu - ia satu pendekatan luar daripada norma diplomasi yang biasa.
Usir diplomat Korea Utara demi lindungi kedaulatan Malaysia - Hishammuddin
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu turut dibuat seiring Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.
Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh dalam usaha melarikan diri dari polis.
Suga beri amaran pada China mengenai Laut China Selatan
Suga berkata visi Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka tidak menyasarkan negara tertentu, jadi Jepun boleh bekerjasama dengan mana-mana negara yang mempunyai pandangan sama.
Diplomasi vaksin: China, Indonesia sepakat lawan COVID-19 bersama
Oleh kerana persaingan dua hala mereka semakin sengit, Beijing dan Washington sama-sama berusaha mendapatkan sokongan di rantau Asia Tenggara.
Rang Undang-Undang Jerebu merentas sempadan tidak diteruskan - Kasa
Penelitian itu merangkumi kebolehlaksanaan undang-undang yang akan digubal, hubungan diplomatik dan elemen pencegahan pencemaran alam sekitar.
COVID-19: Diplomasi Malaysia langkah cepatkan penghantaran vaksin - Penganalisis
Tindakan proaktif Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam meneruskan hubungan sedia ada dengan negara-negara berkenaan memudahkan segala hal berkaitan isu pandemik.
Malaysia kutuk serangan dron, peluru berpandu ke atas Arab Saudi
Kesinambungan serangan yang disengajakan ini menunjukkan provokasi tidak perlu oleh puak Houthi terhadap negara tersebut.