JAKARTA:Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Rabu secara tegas memberi amaran kepada China agar tidak melakukan sebarang tindakan yang meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan.
"Kami menentang apa sahaja tindakan yang meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan," kata Suga pada sidang media di Jakarta, sempena penutup lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan tersebut bulan lalu, lapor Jiji Press.
Semasa lawatan Asia itu, beliau turut mengunjungi Vietnam.
"Saya telah memperbaharui tekad untuk terus mewujudkan wilayah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka sambil terus mengadakan sidang kemuncak diplomasi dan bekerjasama rapat dengan ASEAN," katanya.
Suga berkata visi Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka tidak menyasarkan negara tertentu, jadi Jepun boleh bekerjasama dengan mana-mana negara yang mempunyai pandangan sama mengenai inisiatif itu.
"Kami sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk mewujudkan Indo-Pasifik versi NATO," kata Suga, yang dilihat menyedari penentangan China terhadap inisiatif berkenaan.
Suga tiba di Jakarta dari Hanoi pada Rabu, dan bertemu rakan sejawatannya dari Vietnam Nguyen Xuan Phuc pada Isnin (19 Okt).
Kunjungan ke Indonesia melengkapkan lawatan empat hari beliau sehingga Rabu (21 Okt).
Lawatan empat hari ke dua negara Asia Tenggara dalam usaha Suga untuk mempromosi visi bebas dan terbuka Jepun dan Indo-Pasifik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 22 2020
Yoshihide Suga bercakap pada satu sidang media di Jakarta, Indonesia, 21 Okt, 2020. (Foto AP)
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Israel bebaskan 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dalam pertukaran tawanan
Ratusan rakyat Palestin berhimpun di sekitar Ramallah untuk menyambut kepulangan tahanan yang dibebaskan, sambil mengibarkan bendera Palestin.
Operasi pengusiran: Komuniti imigran di AS resah
Pentadbiran Donald Trump mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan sekurang-kurangnya 1,800 penangkapan pendatang tanpa izin setiap hari, menyebabkan komuniti imigran gelisah dan tidak dapat hidup tenang.
Gencatan senjata: Rakyat Palestin bersiap terima rawatan di luar negara
Nariman Shekshek gembira anakanya akan menerima rawatan, namun dia menyuarakan kebimbangan untuk meninggalkan anak-anaknya yang lain.
Mayat, sisa pesawat kecil terhempas berselerakan
Pada masa sama, rakaman video oleh saksi turut menunjukkan mayat serta anggota badan berselerakan di jalan serta dalam rumah berdekatan.
Agensi PBB akan terus beri bantuan kepada Gaza
UNRWA tidak menerima sebarang arahan rasmi daripada pihak berkuasa Israel tentang bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan larangan tersebut.
Barangan runcit dan lembu seludup bernilai lebih RM700,000 dirampas
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dan barangan runcit dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM706,750 dalam dua serbuan berasingan.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Pembelian 30 pesawat pejuang jenis F/A-18C D Hornet terpakai dari Kuwait dijangka dimuktamadkan tahun ini.
Jawatan presiden, timbalan presiden mungkin tak dipertandingkan
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Daerah Beluran pulih sepenuhnya dan semua PPS ditutup 6 petang tadi, menjadikan hanya sembilan PPS dibuka di empat daerah di Sabah.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Pelajar Malaysia di Jepun hilang sejak Isnin
Pelajar itu dikenali sebagai Hannani, 21, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di Kure Kosen, Hiroshima, Jepun.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Jepun zahir hasrat bertemu pentadbiran Trump, perkukuh hubungan dua hala
Yoshiasa Hayashi berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran Trump untuk mengukuhkan hubungan dua hala di antara Jepun dan AS.
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan dan keletihan selepas bencana sejak 1995
Jumlah sebenar kematian berkaitan bencana dipercayai lebih tinggi daripada yang didaftarkan, kerana keluarga perlu memohon untuk mendapat penetapan itu.
Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan
Pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.