Kerajaan perlu sentiasa memantau dan memastikan kualiti pendidikan di Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus berada pada landasan yang baik dan selaras dengan keperluan di universiti awal pada peringkat ijazah pertama tanpa sebarang kompromi.
Kemasukan pelajar ke program KPM itu juga perlu dilakukan dengan mengambil kira kualiti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang benar-benar layak.
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr Shahabuddin Hashim berkata, kualiti pelajar terbabit juga seharusnya tidak menunjukkan sebarang perbezaan dengan pelajar yang menyertai program asasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
“Kualiti pendidikan di matrikulasi seharusnya selaras dengan keperluan di universiti awam di peringkat ijazah pertama. Tiada kompromi tentang kualiti kemasukan ke program matrikulasi dan juga seterusnya ijazah pertama.
“Namun sejauh manakah kualiti ini boleh dipertahankan? Ia perlu diselidik dengan lebih mendalam. Adakah juga bermaksud kemasukan program asasi akan dikurangkan?” katanya pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman yang dibuat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung pertambahan bilangan pelajar ke KPM kepada 40,000 berbandingan 25,000 sebelum ini.
Menurut Maszlee, keputusan itu diambil bagi memastikan pelajar-pelajar cemerlang terus mendapat peluang terbaik bagi melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam pada itu, Shahabuddin turut menyentuh soal kepakaran tenaga pengajar yang perlu disediakan selaras dengan pertambahan 15,000 pelajar.
Beliau mencadangkan agar guru-guru yang berkelulusan Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah diberi peluang untuk mengisi kekosongan tersebut
“Apabila guru-guru yang mempunyai kepakaran yang tertentu dengan ijazah dan kedoktoran berada di matrikulasi, ruang yang mereka tinggalkan perlu akan dipenuhi oleh guru-guru baharu yang memang sedia ada dalam pasaran sekarang,” katanya.
Shahbuddin pada masa sama turut mencadangkan agar ditambah jurusan baharu di KPM iaitu sains sukan selain mewujudkan KPM yang fokus kepada aliran agama.
Ia secara tidak langsung menjadi jambatan di antara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Rakyat atau sekolah swasta serta tahfiz yang menduduki SPM dengan kelulusan yang tertentu untuk memasuki KPM dan seterusnya melanjutkan pengajian ke universiti awam.
Sahlizah Mohamed
Thu Apr 25 2019
![Tiada kompromi kualiti pendidikan pelajar di Program Matrikulasi KPM - Pakar pendidikan Tiada kompromi kualiti pendidikan pelajar di Program Matrikulasi KPM - Pakar pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551957187_kpm.jpg)
Kualiti pendidikan di KPM perlu terus berada pada landasan yang baik meskipun dengan pertambahan pelajar daripada 40,000 berbanding 25,000 sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Isu garis panduan JAKIM hangatkan sesi Parlimen
"Cadangan menetapkan garisan panduan bukan saja bertentangan dengan semangat perpaduan negara, malah akan memperdalam jurang antara kaum serta agama," kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
![Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739158919_DonaldTrump.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
![Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511783671_Travelluggage.jpg)
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
![Hampir 60 peratus siswazah menganggur selepas setahun tamat pengajian Hampir 60 peratus siswazah menganggur selepas setahun tamat pengajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569500689_TBMASZLEEMALIK.jpg)
Hampir 60 peratus siswazah menganggur selepas setahun tamat pengajian
Hampir 60 peratus siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas masih menganggur selepas setahun menamatkan pengajian mereka.