Tiada kes jangkitan 'monkeypox' ataui cacar monyet dikesan di negeri ini setakat Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil langkah berjaga-jaga susulan satu kes "monkeypox" yang dikesan di Singapura, melibatkan warga Nigeria berusia 38 tahun.
JKNJ turut mengambil beberapa tindakan bagi mencegah jangkitan monkeypox termasuk meningkatkan aktiviti pemantauan di semua pintu masuk Johor, terutamanya mereka yang mempunyai sejarah melawat Nigeria.
"Maklumat berkaitan penyakit 'monkeypox' turut diedarkan kepada semua anggota kesihatan termasuk di barisan hadapan untuk mengenal pasti awal kes disyaki sekiranya ada," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Arahan turut diberikan untuk melaporkan segera ke bilik gerakan "Crisis Preparedness Response Centre" (CPRC) jika terdapat kes yang disyaki penyakit "monkeypox", kata beliau.
Sementara itu, mereka yang berkunjung ke negara endemik (Afrika tengah dan barat) monkeypox, dinasihatkan mengelakkan kontak dengan haiwan liar dan tidak memakan daging haiwan liar.
Selain itu, mereka juga dianjurkan sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk menjaga kebersihan tangan dengan menggunakan sabun dan air selain menggunakan sanitizer berasaskan alkohol apabila air dan sabun tiada.
Pada 9 Mei lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan satu kes impot "monkeypox" dikesan melibatkan pesakit warga Nigeria berusia 38 tahun yang menghadiri satu bengkel di negara tersebut pada 28 April.
Pesakit yang mengalami simptom demam, sakit otot dan ruam disahkan positif jangkitan "monkeypox" dan dia telah dipindahkan ke wad isolasi di Pusat Penyakit Berjangkit (NCID).
Punca jangkitan virus "monkeypox" itu dikenalpasti melalui daging haiwan liar yang dimakan semasa menghadiri majlis perkahwinan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2019

Mereka yang berkunjung ke negara endemik dianjurkan sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk menjaga kebersihan tangan dengan menggunakan sabun dan air. - Gambar hiasan

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

340 cedera akibat mercun sempena Krismas dan tahun baharu di Filipina
Hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun berkuasa tinggi yang diharamkan.

Ulat dalam telur masin, premis makanan diarah tutup
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan sebuah premis makanan di Sungai Petani yang tular kerana menjual telur masin mengandungi ulat baru-baru ini, ditutup serta-merta.

Jabatan Kesihatan keluar 148 kompaun kepada peniaga bazar Ramadan di Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengeluarkan 148 kompaun berjumlah RM15,450 kepada peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri setakat Ahad lepas.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sediakan 382 pasukan untuk hadapi banjir
Ia meliputi 132 pasukan kesihatan yang bertanggungjawab melakukan aktiviti pencegahan, pemantauan, kawalan penyakit dan pemeriksaan persekitaran PPS.

Lebih RM1 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan pada Ogos
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 4,884 kompaun bernilai RM1.203 juta sepanjang bulan lepas atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

6,750 notis kesalahan merokok libat kutipan RM1.6 juta di Pahang
Sebanyak 6,750 notis kompaun kesalahan bernilai RM1,592,100 telah dikeluarkan kepada perokok di Pahang tahun ini.

Sarawak bersedia bina pusat kanser menjelang akhir tahun ini - Abang Jo
Kerajaan Sarawak bersedia membina sebuah pusat kanser menggunakan dana negeri menjelang akhir tahun in jika kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan tersebut, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang

Penguat kuasa Jabatan Kesihatan KL, Putrajaya mula guna kamera badan
Anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengaplikasi penggunaan kamera badan dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau.

Johor catat 1,164 kes demam denggi setakat 25 Jun
Sebanyak 1,164 kes demam denggi direkodkan di Johor dari 1 Jan sehingga 25 Jun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.

Kes jangkitan saluran pernafasan di Johor meningkat 70.9 peratus
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di Johor hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-25/2022.