Polis Negeri Sembilan hari ini mengesahkan tiada kes penculikan dan penjualan organ berlaku di negeri ini.
Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata pihak polis akan menguar-uarkan perkara tersebut jika benar ada kes penculikan dan penjualan organ berlaku.
"Dari segi penjualan organ, tidak ada langsung kebenarannya kerana bukan senang nak jual organ. Ia melibatkan doktor pakar dan di negara kita tidak mungkin doktor-doktor pakar ini bersubahat melakukan perkara tersebut.
"Kalau secara haram, mungkin senang, tetapi ia akan melibatkan kematian, dan dalam rekod kita, tak pernah lagi jumpa mayat yang tiada organ," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Jaafar berkata kebanyakan laporan yang diterima oleh pihaknya, hanya melibatkan cubaan culik tetapi ia tidak berjaya.
Justeru itu, beliau menasihati pegawai dan anggotanya supaya bertindak pantas agar persepsi masyarakat dapat dikawal.
Jaafar turut menggesa anggota polis negeri ini sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan ikhlas untuk masyarakat.
"Apabila siasatan dibuat, tentukan perkembangan siasatan dimaklumkan kepada mangsa-mangsa atau pengadu kerana selepas membuat laporan polis, sudah tentu mereka ingin tahu perkembangan kes mereka," katanya.
Di samping itu, beliau berkata sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis perlulah berpaksikan kepada undang-undang.
"Dari segi penguatkuasaan yang kita tengok sejak akhir-akhir ini, banyak pihak dan individu yang agresif dan juga membantah, memberontak dengan tindakan-tindakan penguatkuasaan.
"Apa orang lain nak cakap, apa orang-orang politik nak perbesarkan dalam isu yang berlaku sekarang, kita perlu put our foot down (menggunakan kuasa untuk halang jenayah), dan menentukan undang-undang itu dipatuhi sepenuhnya kerana kalau kita longgar, kelonggaran ini akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang nak menghuru-harakan keadaan," katanya.
Sementara itu, pada majlis tersebut, DSP Nor'Aini Abdullah menggantikan ACP Ramli Mohd Nor yang bertukar ke Pulai Pinang untuk memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
Nor'Ani sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
Bernama
Fri Oct 09 2015
Jaafar berkata kebanyakan laporan yang diterima oleh pihaknya, hanya melibatkan cubaan culik tetapi ia tidak berjaya. - Gambar fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Tiada kes culik dan penjualan organ di Negeri Sembilan - Ketua Polis Negeri
Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata pihak polis akan menguar-uarkan perkara tersebut jika benar terdapat kes penculikan dan penjualan organ.