SEREMBAN: Tiada keperluan setakat ini untuk menutup sesi persekolahan di negeri Sembilan kerana kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan guru masih terkawal, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata penutupan sekolah hanya dilakukan apabila terdapat kes positif COVID-19 dan ibu bapa dinasihat agar tidak panik.
"Memang terdapat kes jangkitan COVID-19 di sekolah iaitu dua sekolah yang dimaklumkan. Masyarakat tidak harus panik, semua diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program bersama asnaf daerah Seremban anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang turut dihadiri Pengerusi MAINS Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir.
BACA: Pengurusan sekolah cacamarba, menteri, timbalan menteri didesak letak jawatan
Aminuddin juga mengingatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak yang bergejala ke sekolah atau pelajar yang menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
"Tanggungjawab kita hari ini adalah menjaga kesihatan masyarakat keseluruhannya bukan diri sendiri sahaja," katanya.
Semalam media melaporkan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 di sini ditutup tujuh hari bermula semalam hingga 29 April berikutan 17 warganya disahkan positif COVID-19.
Sementara seramai 179 individu dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dikuarantin di pusat kuarantin Institut Aminuddin Baki dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai selepas tiga warganya disahkan positif COVID-19 namun sekolah itu tidak ditutup.
Berkenaan program hari ini, Aminuddin berkata MAINS memperuntukkan sejumlah RM152 juta untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang layak di negeri ini.
Katanya daripada jumlah itu sebanyak RM37 juta dikhususkan kepada golongan fakir dan miskin serta bantuan kepada masjid dan surau di seluruh negeri.
Antaranya adalah bantuan bulanan, bantuan khas Aidilfitri, bantuan persekolahan, bantuan perubatan (hemodialisis) dan sebagainya.
Sementara itu Abdul Aziz berkata MAINS turut menaikkan bantuan bulanan bermula Mac lepas mengikut kadar kifayah fakir iaitu minimum RM250 sehingga maksimum RM800 dan kadar had kifayah miskin menerima bantuan minimum RM250 sehingga RM550.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021
Aminuddin juga mengingatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak yang bergejala ke sekolah atau pelajar yang menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19. - Gambar fail
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste