KOTA KINABALU: Tiada keperluan untuk merangka draf perjanjian baharu bagi menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memperuntukkan Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya dalam membentuk Malaysia, menurut seorang menteri pada Selasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata lebih baik mengkaji MA63 dan memperbaiki segala kelemahan dan melihat bagaimana ia dapat membantu penduduk di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata MA63 merupakan perkara yang perlu dikendalikan dengan bijaksana serta memerlukan pemahaman yang lebih baik dan semua pihak perlu amat berhati-hati dalam membaca situasi melibatkan perjanjian tersebut.
"Ia seumpama perkahwinan. Anda mesti terlebih dahulu mengetahui apa yang salah dengan pasangan anda, apakah kesilapan dia dan sekiranya anda mempunyai semua bukti, maka anda boleh mengemukakan tuntutan cerai. Ini sama dalam situasi ini (MA63).
"Risik kesilapan dalam MA63 dan jika kerajaan gagal menangani sebarang kekurangan, maka mungkin kita dapat mengabaikan perjanjian lama dan merangka draf baharu...tetapi juga penting untuk mengetahui apa implikasinya daripada menggugurkan MA63," katanya dalam kenyataan di sini.
Jumaat lalu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata negara mungkin memerlukan perjanjian baharu untuk tiga entiti iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk membentuk Malaysia yang menjalin hubungan baik antara negeri dan persekutuan.
Ongkili berkata kerajaan sekarang sudah menguruskan 'kecacatan' dan memperbaiki perkara yang telah dikenal pasti oleh jawatankuasa kerja di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).
"Kerajaan sekarang melaksanakan apa yang tidak pernah dilakukan sebelumnya - menangani kekurangannya - jadi jangan bicara mengenai draf perjanjian baharu apabila anda belum lagi melakukan kajian yang diperlukan. Jangan mencetus sentimen semata-mata untuk kepentingan politik.
"Kita mesti memahami bahawa MA63 adalah sebahagian Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan Sarawak.
"Sekiranya kita ingin menggubal perjanjian baharu, ia perlu dibentangkan di Parlimen dan kedua-dua DUN untuk kelulusan. Ini adalah proses yang panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021
ONGKILI: Kita mesti faham bahawa MA63 adalah sebahagian Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen serta Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak. - Gambar fail
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
[TERKINI] Banjir diramal landa sembilan jajahan Kelantan Ahad depan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah
Datuk Seri Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah, berkuat kuasa hari ini.
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.
PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.
Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda
Parti bercadang untuk melaksanakan program secara penglibatan langsung golongan muda dalam peranan sebagai pemimpin.
PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.
PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu
Wetrom memperolehi undi sebanyak 24,318, sementara Ongkili meraih 16,144 undi dalam saingan enam penjuru.
PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili
Ongkili yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam misi mempertahankan kerusi Kota Marudu bagi penggal ketujuh kali ini atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).