KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Beliau berkata hal ini kerana Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai perancangan komprehensif peluasan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bagaimanapun kementerian sentiasa terbuka untuk sebarang kerjasama dengan pihak swasta dalam memperkasakan laluan TVET KPM.
Menerusi perancangan itu, Wong berkata KPM yakin program TVET di bawah institusi TVET KPM akan memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi program yang berkualiti, selain menampung permintaan kepada program TVET yang dijangka meningkat.
"KPM komited dalam menyediakan akses TVET yang berkualiti kepada semua pelajar dan pelbagai akses pendidikan TVET disediakan KPM sebagai pilihan kepada pelajar berdasarkan minat dan kecenderungan mereka.
"KPM telah menyediakan pelbagai program TVET kepada pelajar lepasan tingkatan tiga yang cenderung kepada kemahiran di kolej vokasional (KV), sekolah menengah teknik (SMT) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr R. Nelson yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang untuk membenarkan pihak swasta mengendalikan SVM bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat susulan penggalakan terhadap pengajian TVET di negara ini.
Menurut Wong, selain program SVM yang ditawarkan di KV, KPM turut menawarkan program TVET seperti Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di SMK serta Mata Pelajaran Elektif Teknikal (MPET) di SMT.
"Sehingga kini terdapat sebanyak sembilan SMT yang menawarkan MPET, 347 SMK menyediakan PVMA, 491 SMK mempunyai MPV dan 13 SMK menawarkan PIMA di seluruh negara.
"Selain itu, pelaksanaan program Sistem Latihan Dual Nasional bersama-sama industri dan KV juga dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM
Kementerian Pendidikan mengenal pasti beberapa inisiatif bagi mengatasi isu kepadatan pelajar di sekolah, susulan peningkatan jumlah murid terutamanya di Selangor.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.

48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.

KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI