PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga mendadak selepas Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan bermula 1 Januari tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, SIRIM QAS International Sdn Bhd berjanji akan memberikan harga yang paling rendah kepada pengeluar dan pengimport bagi mendapatkan perakuan MS SIRIM.
Justeru, beliau mengingatkan pengilang dan pengimport agar tidak menaikkan harga pelitup muka bukan perubatan sesuka hati.
“Jadi untuk pengguna tempatan ini mungkin (mereka bimbang akan) naik harga… saya beri jaminan (tidak berlaku kenaikan) kerana saya sudah bincang dengan pihak industri.
“SIRIM memberi jaminan akan beri harga yang murah dan SIRIM pun prihatin kepada rakyat betapa pentingnya pelitup muka. Jadi dia buat caj murah,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan amanat bersama pihak industri di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Alexander berkata, KPDNHEP juga tidak berhasrat melaksanakan skim harga maksimum bagi mengawal harga pelitup muka bukan perubatan.
Sebaliknya, beliau berkata, langkah terbaik adalah disiplin yang perlu dipamerkan oleh pihak industri.
Mengenai denda terhadap perintah tersebut pula, Alexander menegaskan, pengguna tidak akan berdepan dengan sebarang tindakan jika memakai pelitup muka bukan perubatan tanpa pengesahan MS SIRIM.
Tegasnya, hanya pengilang dan pengimport yang tertakluk kepada denda tersebut, jika didapati melanggar perintah berkenaan apabila ia berkuat kuasa kelak.
“Individu yang dimaksudkan adalah bukan pengguna (tetapi) individu yang terikat dalam peniagaan... individu yang terlibat sebagai pengimport, pengeluar atau pengilang,” jelas beliau.
Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000, manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.
Bagi individu (pengeluar/pengimport) pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya pula, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, KPDNHEP mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.
Hasimi Muhamad
Thu Apr 07 2022
Alexander Nanta Linggi (tengah) menjawab soalan wartawan dalam sidang media di Putrajaya pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Tiada kenaikan harga pelitup muka, SIRIM kenakan caj murah
Menteri KPDNHEP ingatkan pengilang dan pengimport agar tidak menaikkan harga pelitup muka bukan perubatan sesuka hati.
Jangan ada peningkatan harga pelitup muka selepas perakuan MS SIRIM - Pakar
Sesuatu produk yang perlu mendapat verifikasi atau disahkan oleh agensi tertentu, adakalanya harganya akan menjadi lebih mahal.
Peranti rokok elektronik wajib diperakui, penandaan SIRIM
Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada peranti rokok elektronik, alat gantinya atau pada bekas peranti itu dibekalkan yang mudah dilihat oleh pengguna.