KUALA LUMPUR: Perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang akan dikuatkuasakan mulai 4 Julai depan, diharap tidak akan menyebabkan kenaikan harga produk itu di pasaran.
Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatik) Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman berkata ini kerana sesuatu produk yang perlu mendapat verifikasi atau disahkan oleh agensi tertentu, adakalanya harganya akan menjadi lebih mahal.
"Keputusan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ini memang baik untuk memastikan keselamatan individu dari dijangkiti COVID-19 selain mengelakkan lambakan pelitup muka yang tidak berkualiti di pasaran.
"Pewartaan ini adalah wajar dan sepatutnya dilaksanakan lebih awal lagi...cuma saya harap penguatkuasaannya nanti perlu menjurus kepada pengurusan kawalan wabak dan bukannya memberi beban kepada peniaga atau pengguna," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas ketetapan KPDNHEP pada Selasa (5 April) bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd berkuat kuasa 4 Julai depan.
Ia susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Mengulas lanjut Dr Malina berkata sekiranya berlaku peningkatan harga, ia sudah pasti memberi kesan kepada pengguna kerana pelitup muka kini merupakan keperluan asas yang digunakan secara harian dan bagi peniaga pula, mereka mungkin akan mengalami kerugian sekiranya stok pelitup muka sedia ada tidak dapat dihabiskan sehingga tempoh penguatkuasaan 4 Julai depan.
Mengenai tempoh tiga bulan yang diberikan sebelum perkara itu dikuatkuasakan, Dr Malina berkata tempoh itu adalah wajar dan kerajaan juga pastinya telah membuat kajian mengenai tempoh sesuai sebelum ia dikuatkuasakan.
"Secara umumnya, sama juga dengan penguatkuasaan produk lain di mana ada pertimbangan kepada peniaga untuk menghabiskan stok sedia ada dan sekiranya ia tidak dapat dihabiskan selepas 4 Julai, saya harap ada satu mekanisme diperkenalkan supaya pelitup muka yang tiada MS SIRIM ini tidak dilupuskan begitu sahaja.
"Mungkin boleh saring pelitup muka yang boleh 'diselamatkan' agar dapat digunakan namun ini perlu mendapat persetujuan daripada pihak yang telah dipertanggungjawabkan," katanya.
Mengulas mengenai denda yang bakal dikenakan sekiranya gagal mematuhi perintah ini, Dr Malina berharap ia tidak dikenakan kepada pengguna yang memakai pelitup muka tanpa tanda MS SIRIM.
Sementara itu, Pakar Perubatan Klinikal dan Ketua Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah Dr Alvin Oliver Payus berkata meskipun pewartaan ini bertujuan memastikan pelitup muka di pasaran memenuhi piawaian namun, adalah tidak wajar sekiranya berlaku kenaikan harga kerana ia tidak mempengaruhi proses pembuatan dan penghantaran.
"Hanya yang diperlukan adalah satu badan untuk memantau kualiti pelitup muka yang berada di pasaran... Saya setuju dengan penguatkuasaan ini dalam usaha memastikan orang ramai memakai pelitup muka yang mempunyai perlindungan terbaik.
"Meskipun negara dalam tempoh fasa peralihan ke endemik tetapi pemakaian pelitup muka masih dikekalkan, kita tidak seperti Amerika Syarikat (AS), rakyatnya tidak lagi perlu memakai pelitup muka," katanya.
Menurutnya pelitup muka yang berada di pasaran terutama yang dijual secara dalam talian dan dibeli terus dari negara China sebagai contoh, agak diragui tahap keselamatannya.
"Pelitup muka bukan perubatan ada sesetengahnya mempunyai standard piawaian tertentu seperti KN95 ia memenuhi standard piawaian negara China manakala N95 memenuhi standard negara AS termasuk Malaysia namun, ada pelitup muka yang dijual secara dalam talian yang terus dari China sukar untuk kita pastikan kualitinya," katanya.
Dr Alvin dalam pada itu berharap agar kerajaan memberi sedikit kelonggaran kepada peniaga untuk menghabiskan stok sedia ada yang telah dibeli sebelum pengumuman pewartaan ini dibuat, selepas 4 Julai depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Berkuat kuasa 4 Julai, semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.

Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.

Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.

COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.