Tarikh 1 Mei adalah Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia bagi menghargai golongan pekerja dan buruh, malah ia merupakan hari cuti umum di kebanyakan negara termasuk Malaysia.
Bagaimanapun, tiada istilah 'hari berehat' atau cuti umum bagi menteri-menteri Kabinet Malaysia esok kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tugas kepada mereka untuk menyiapkan kertas kerja mengenai isu yang berkaitan dengan kementerian masing-masing.
Setiap menteri akan bergilir-gilir membentangkannya kepada Dr Mahathir bermula 2 petang esok.
Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran semasa sesi bertemu diaspora Malaysia di sini malam tadi.
Anggota Parlimen Ipoh Barat itu sendiri harus menangguhkan rancangannya untuk meraikan 'cuti rehat' dengan isterinya yang akan datang ke Kuala Lumpur (dari Ipoh).
"Saya juga teruja (untuk menyambut Hari Pekerja). Isteri saya akan datang ke Kuala Lumpur. Selepas itu kami (merancang) untuk pulang ke Ipoh. Kami akan menghabiskan satu atau dua hari di sana dan saya akan kembali ke Kuala Lumpur.
"Beliau (Dr Mahathir) memutuskan (perkara itu) Rabu lepas. Anda semua menghadiri perhimpunan (Hari Pekerja) dan sebagainya...selesai...berehat dua jam (kemudian) anda semua (menteri) datang ke pejabat perdana menteri," katanya.
Untuk kementeriannya, Kula Segaran, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Khas Menteri-menteri Tenaga Kerja ASEAN dan Persidangan Singapura mengenai Masa Depan Kerja, akan menyediakan kertas berkenaan 'penciptaan pekerjaan'.
"Kami (menteri Kabinet) ingin mengatakan bahawa kami tidak setuju (membentangkan kertas kerja pada Hari Pekerja) tetapi pada usianya, beliau ingin sekali menyelesaikan sesuatu perkara. Kami hanya memandang antara satu sama lain dan berkata kepada Tuhan...apa yang sedang berlaku," katanya bergurau.
Bagaimanapun dalam nada serius, Kula Segaran menyifatkan Dr Mahathir sebagai 'satu daripada kuasa pendorong'.
"Saya beritahu pegawai saya...pada pandangan saya beliau bekerja seperti tiga menteri sekali gus. Ada kalanya kita sering tertanya-tanya, saya rasa beliau menipu umurnya. Saya fikir beliau baru berusia 60 tahun, sangat rajin, saya tidak percaya ada orang seperti beliau," katanya.
Bernama
Tue Apr 30 2019
Setiap menteri akan bergilir-gilir membentangkannya kepada Dr Mahathir bermula 2 petang esok. -Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Thailand jangka semua pintu sempadan darat dengan Malaysia dibuka menjelang 1 Mei
Thailand bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membuka semula semua pintu sempadan darat dengan Malaysia menjelang 1 Mei.
Tiada istilah 'hari berehat' buat menteri Malaysia
Setiap menteri akan bergilir-gilir membentangkannya kepada Dr Mahathir bermula 2 petang esok.
Polis tolak permohonan penganjuran Perhimpunan Mei 1, 2017
Pihak polis telah menolak permohonan penganjur Perhimpunan Mei 1, 2017 yang ingin mengadakan perhimpunan di ibu negara esok bersempena sambutan Hari Pekerja.