KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiada sebarang halangan diterima oleh banknya, untuk melakukan transaksi pemindahan wang berjumlah AS$110 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada syarikat perkhidmatan minyak dan gas Petrosaudi International Ltd (PSI) pada Mei 2011.
Pembantu Naib Presiden di Bahagian Operasi Pasaran Global Deutsche Bank (Malaysia) Berhad Fatehah Md Salleh, 39, berkata pada 27 Mei 2011, pihaknya telah menerima dokumen daripada 'front office' bahagian Pasaran Global berkaitan arahan pembayaran pertukaran matawang asing untuk 1MDB.
Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata arahan pembayaran berkenaan adalah kepada Bank JP Morgan Chase New York ke akaun RBS Coutts Bank Ltd, untuk dikreditkan ke akaun bernombor 11116073.
Akaun tersebut didakwa dimiliki oleh PSI, melalui surat yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
"Seterusnya, pihak kami memulakan pemeriksaan latar belakang pemilik akaun melalui sistem PCR dan sistem 'HotScan' terhadap PSI dan RBS Coutts, dan mendapati tiada halangan untuk melakukan transaksi pemindahan wang kepada syarikat tersebut," katanya.
Pada pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, saksi mengesahkan sistem PCR adalah sistem pengesahan dalaman bank bagi mengesan sebarang 'red flag' berkaitan akaun tersebut.
Pada perbicaraan sebelum ini, mahkamah diberitahu akaun 11116073 adalah milik Good Star Ltd, syarikat yang pada mulanya dikatakan sebagai anak syarikat PSI tetapi kemudiannya didedahkan sebagai syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Operasi Pasaran Global di bank sama (Deutsche Bank) Nur Hasnee Taha Mdd Nordin berkata sebanyak RM3.487 bilion dipindahkan 1MDB kepada Deustche Bank melalui lima transaksi Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) pada 30 Sept 2009.
Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata wang tersebut dipindahkan oleh 1MDB bagi tujuan transaksi penukaran mata wang asing dengan membeli AS$1 bilion (RM3.487 juta) di mana AS$700 juta kemudian dipindahkan ke RBS Coutts serta AS$300 juta didepositkan ke dalam akaun JP Morgan seperti yang diarahkan oleh 1MDB.
Nur Hasnee juga mengesahkan transaksi daripada 1MDB kepada Deutsche Bank pada 27 Mei 2011 dengan jumlah keseluruhan RM335.115 jutam yang dipindahkan daripada akaun AmBank milik 1MDB, bertujuan untuk transaksi pertukaran wang asing bagi membeli mata wang Amerika sebanyak AS$110 juta.
Katanya ia kemudiannya dipindahkan ke akaun Bank JP Morgan Chase New York dan ke akaun RBS Couttsm untuk dikreditkan ke nombor akaun 11116073 seperti yang diarahkan oleh 1MDB kepada Deutsche Bank.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 13 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Akaun tersebut didakwa dimiliki oleh PSI, melalui surat yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi. - Gambar hiasan/REUTERS

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.