PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pihak Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman (TAR) secara prinsipnya tiada halangan untuk membenarkan penduduk untuk terus berada di Kampung Setia Jaya, Setapak sementara isu penempatan mereka diselesaikan.
Dr Zaliha berkata perkara itu dicapai hasil mesyuarat bersama wakil Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman (TAR) terdiri daripada Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look, hari ini.
"Secara keseluruhannya, saya mendapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin bahawa isu ini dapat diselesaikan dengan baik setelah tertangguh selama lebih 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Zaliha berkata perbincangan itu turut memberi fokus kepada isu penggantian rumah kepada penduduk dengan penyelesaian terbaik yang akan diperincikan dengan lebih lanjut.
"Perbincangan susulan akan diadakan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera," katanya.
Dr Zaliha berkata perjumpaan itu turut dihadiri Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 500 penduduk bakal kehilangan penempatan mereka selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan pemilikan tanah Kampung Setia Jaya kepada pemilik tanah Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) pada 11 Dis lepas dan penduduk diarah mengosongkan tanah itu dalam tempoh 18 bulan.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Zahir dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk Kampung Setia Jaya di sini berkata maklum balas daripada pihak Yayasan Pendidikan TAR yang secara prinsipnya tiada halangan untuk membenarkan penduduk untuk terus berada di kampung itu sementara isu penempatan mereka diselesaikan memberi kelegaan buat mereka.
Beliau dalam pada itu meminta supaya isu berkenaan tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
"Isu ini adalah isu penempatan, isu kebajikan penduduk di sini dan keluarga. Jangan kita cuba mempolitikkannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
![Tiada halangan penduduk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan diselesaikan Tiada halangan penduduk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan diselesaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703307592_DrZalihaMustafa.jpg)
Dr Zaliha berkata perkara itu dicapai hasil mesyuarat bersama wakil Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman (TAR) terdiri daripada Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look, hari ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
![Isu penduduk Kg Setia Jaya, kerajaan masih tunggu cadangan boleh laksana kolej TAR Isu penduduk Kg Setia Jaya, kerajaan masih tunggu cadangan boleh laksana kolej TAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703345473_ZalihaMustafa.jpg)
Isu penduduk Kg Setia Jaya, kerajaan masih tunggu cadangan boleh laksana kolej TAR
Dr Zaliha berkata pihaknya masih menunggu cadangan yang boleh dilaksanakan daripada kolej TAR berkenaan penempatan penduduk Kampung Setia Jaya.
![Tiada halangan penduduk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan diselesaikan Tiada halangan penduduk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan diselesaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703307592_DrZalihaMustafa.jpg)
Tiada halangan penduduk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan diselesaikan
Dr Zaliha berkata perkara itu dicapai hasil mesyuarat bersama wakil Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman (TAR) terdiri daripada Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look, hari ini.
![10 keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah kebakaran 10 keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552991028_kebakaran.jpg)
10 keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah kebakaran
Kejadian itu menyebabkan seramai 41 orang mangsa terdiri daripada 10 buah keluarga tinggal sehelai sepinggang.