BUKIT MERTAJAM: Kerajaan negeri tidak menghalang hasrat mana-mana pihak untuk membangunkan tanah di Pulau Pinang bagi meningkatkan pegangan hartanah bumiputera.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri malah menyambut baik dan mengalu-alukan idea Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan minat UDA Holdings Berhad (UDA) dalam memajukan tanah demi meningkatkan pegangan hartanah bumiputera di negeri ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan maklumat terperinci sekiranya pelan yang diusulkan PEMENANG itu mahu dilaksanakan dan UDA selaku peneraju pembangunan hartanah juga boleh memulakan kajian mengenai kesesuaian tanah bagi tujuan tersebut.
"Saya perlu dapat lebih banyak maklumat daripada Presiden PEMENANG Tan Sri Mohd Yussof Latiff yang melontarkan idea bahawa dengan tanah-tanah di presint George Town sekiranya dimajukan boleh membawa 10,000 penduduk Melayu ke pusat bandar (George Town).
"Di sekeliling Jalan Datuk Keramat, Jalan Perak, Jalan Pattani, kawasan orang Melayu yang mana kawasan itu mungkin ada tanah wakaf dan lain-lain untuk pembangunan hartanah bumiputera di kawasan bandar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival UDA 2024@Penang di tapak parkir Gravitas Jalan Baru Prai, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi UDA Holdings Berhad Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Mohd Salem Kailany.
Chow berkata projek yang diusahakan UDA untuk bumiputera di Tanjung Tokong, George Town boleh dijadikan sebagai contoh untuk kawasan lain di Pulau Pinang dalam usaha memajukan tanah yang melibatkan kepentingan bumiputera dan Melayu.
Sebelum ini media melaporkan PEMENANG merangka pelan komprehensif lima tahun untuk membolehkan keluarga Melayu daripada pelbagai latar belakang ekonomi dan kemahiran profesional kembali ke pulau tersebut dengan menumpukan sekitar Jalan Pattani, Jalan Perak dan Jalan Sungai Pinang, meliputi kawasan seluas kira-kira 40 hektar.
Sementara itu, Mohd Annuar dalam ucapannya pada karnival itu berkata UDA terpanggil untuk menawarkan peranannya kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri untuk menjadi rakan bagi membantu melaksanakan agenda pemilikan hartanah bumiputera terutamanya di kawasan bandar.
"Kita mengikuti kenyataan PEMENANG yang berhasrat membangunkan penempatan orang-orang Melayu di negeri ini. Persatuan terbabit turut menyeru penyertaan kami untuk membantu merealisasikan usaha ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024
![Tiada halangan bangunkan tanah untuk Bumiputera di Pulau Pinang - Chow Tiada halangan bangunkan tanah untuk Bumiputera di Pulau Pinang - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722169938_ChowKonYeow.jpg)
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bercakap kepada media pada Majlis Perasmian Penutup Karnival UDA 2024 @ Penang hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 29 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: UPNM diingatkan supaya kes Zulfarhan tidak berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei sahkan slot suku akhir Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei sahkan slot suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722178759_TBBADMINTONPARIS.jpg)
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei sahkan slot suku akhir
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan tiket ke suku akhir.
![PM sampaikan sumbangan kepada pelawak Sathiya PM sampaikan sumbangan kepada pelawak Sathiya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722178026_PMsampaikansumbang.jpg)
PM sampaikan sumbangan kepada pelawak Sathiya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelawak veteran tersohor Sathia Periasamy, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Sathiya, yang diserang penyakit angin ahmar.
![Rakyat Venezuela keluar mengundi pemilihan presiden Rakyat Venezuela keluar mengundi pemilihan presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722178101_TBELECTIONSCARACAS.jpg)
Rakyat Venezuela keluar mengundi pemilihan presiden
Rakyat Venezuela keluar ke pusat mengundi pada Ahad untuk memilih presiden baharu.
![Dua warga asing ditahan guna kenderaan tempatan seludup petrol Dua warga asing ditahan guna kenderaan tempatan seludup petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646216620_Minyak.jpg)
Dua warga asing ditahan guna kenderaan tempatan seludup petrol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menahan dua warga Thailand yang disyaki menggunakan kenderaan tempatan untuk menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
![PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716979680_TeoNieChing.jpg)
PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri
DAP bersedia membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan bulan depan sekiranya terdapat permintaan daripada mana-mana parti gab
![Lelaki lari dari serbuan polis ditemukan lemas Lelaki lari dari serbuan polis ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Lelaki lari dari serbuan polis ditemukan lemas
Seorang lelaki ditemukan lemas setelah dipercayai terjun ke sungai ketika melarikan diri daripada polis yang melakukan serbuan di kebun durian.
![Kemalangan maut di Temerloh: Pemandu treler direman empat hari Kemalangan maut di Temerloh: Pemandu treler direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722076653_DuamautnahasToyot.jpg)
Kemalangan maut di Temerloh: Pemandu treler direman empat hari
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan di KM145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Temerloh pada Sabtu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
![Pulau Pinang tempat kedua terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo - Lonely Planet Pulau Pinang tempat kedua terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo - Lonely Planet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
Pulau Pinang tempat kedua terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo - Lonely Planet
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet menamakan Pulau Pinang sebagai dua tempat terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo dengan menyatakan bahawa pulau itu adalah terbaik dari segi ma
![Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000 Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721819746_HandcuffGari.jpg)
Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000
Kesemua mereka berusia 20 hingga 47 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang berhubung enam kes penipuan.
!['Tiada pertukaran jawatan, saya luluskan cuti 11 hari Jagdeep' - Kon Yeow 'Tiada pertukaran jawatan, saya luluskan cuti 11 hari Jagdeep' - Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721710693_ChowKonYeowJagde.jpg)
'Tiada pertukaran jawatan, saya luluskan cuti 11 hari Jagdeep' - Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menafikan dakwaan akan berlaku pertukaran jawatan pentadbiran susulan cuti panjang diberi kepada Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo.
![Kontraktor direman bantu siasatan kes tuntutan palsu Kontraktor direman bantu siasatan kes tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721295170_tbSPRM.jpg)
Kontraktor direman bantu siasatan kes tuntutan palsu
Seorang kontraktor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu melibatkan nilai hampir RM20,000.
![27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal 27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721213446_HngMooiLye.jpg)
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.
![Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720843277_Polis.jpg)
Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang
Operasi tersebut dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman.
![Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720845097_MohdShafiqZainol.jpg)
Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi
Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.
![Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow
Chow Kon Yeow berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di utara Perak dan Pulau Pinang.
!['Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang 'Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719209451_SmartRecycleBin.jpg)
'Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang
Pusat kitar semula pandu lalu automatik Trash4cash yang pertama dibuka di Seberang Perai membolehkan orang ramai menukar bahan kitar semula dengan wang secara mudah.
![CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718714772_PeniagaBazarRamada.jpg)
CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat
Tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas.