SHAH ALAM: Kerajaan masih tidak menyediakan sebarang garis panduan kepada majikan berhubung isu pemberian elaun kepada pelajar yang mengikuti latihan praktikal di sesebuah syarikat.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ketiadaan garis panduan terbabit menyebabkan segelintir majikan tidak memberikan elaun kepada pelajar yang sedang menjalani praktikal di syarikat masing-masing.
Bagaimanapun, beliau tidak menganggap tindakan majikan itu sebagai bentuk penindasan ataupun merampas hak pelajar, sebaliknya berpendapat keadaan tersebut berlaku kerana tiada satu garis panduan khusus untuk diikuti pihak terlibat.
“Ini kerana pada masa ini sebenarnya tidak ada sebarang garis panduan ataupun tatacara bagaimana kita harus sebenarnya memberikan imbuhan kepada peserta latihan industri.
“Saya lebih gemar kalau pihak kerajaan menetapkan satu garis panduan.
"Contohnya, kalau pelajar diploma, imbuhan yang harus diberikan adalah banyak ini dan kalau tahap ijazah pula jumlahnya banyak ini,” katanya ketika program Pemimpin Baru Nak Up (PBNU) bertajuk Budak praktikal ‘manja'? yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Isnin.
Turut sama dalam program dihoskan oleh Fahiz Ariff itu ialah Exco Penerangan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Ahmad Hurairah.
Dalam pada itu, Shamsuddin berkata, meskipun kerajaan ada menyediakan insentif pelepasan cukai kepada majikan yang menawarkan program latihan industri, namun beliau berpendapat bahawa prosedur permohonan insentif perlu diperhalusi supaya ia lebih memudahkan pihak majikan.
Menurutnya, prosedur sedia ada yang dilaksanakan adalah terlalu sukar untuk dipenuhi oleh pihak majikan sekali gus menyebabkan mereka tidak sanggup untuk membuat permohonan bagi mendapatkan insentif tersebut.
“Jadi mereka lebih gemar untuk terus sahaja membayar imbuhan dan tidak mendapat sebarang faedah daripada pelepasan cukai berkenaan.
“Jadi saranan saya kepada pihak kerajaan adalah supaya perkara ini diperhalusi dan semua majikan yang memberikan sebarang insentif kepada peserta latihan industri ini harus diberikan pelepasan cukai tanpa sebarang borang atau kelulusan daripada pihak tertentu," ujarnya.
Sementara itu, Ahmad berkata, permintaan pelajar agar mereka diberikan elaun ketika melakukan latihan praktikal adalah sesuatu yang wajar kerana mengambil kira keperluan asas perlu dipenuhi oleh kumpulan tersebut untuk ikut serta dalam program wajib tersebut.
Tambah beliau, isu untuk memastikan pemberian elaun kepada pelajar itu juga bukanlah sesuatu yang mustahil untuk diusahakan oleh pihak kerajaan mahupun majikan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 18 2021
Fahiz (atas), Shamsuddin (kanan) dan Ahmad ketika program Pemimpin Baru Nak Up (PBNU) bertajuk Budak praktikal manja? yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Isnin. --Foto Sinar Harian
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
PDRM unjur pengambilan 5,027 konstabel pada tahun ini
Terdapat keperluan untuk menambah anggota wanita bagi mengendalikan kes jenayah berkaitan wanita dan kanak-kanak.
Tiada garis panduan pemberian elaun pelajar praktikal - MEF
Ketiadaan garis panduan terbabit menyebabkan segelintir majikan tidak memberikan elaun kepada pelajar yang sedang menjalani praktikal di syarikat masing-masing.
Buaya baham tangan pelatih haiwan
Buaya itu dengan tiba-tiba menyerang pelatih haiwan tersebut dengan membaham sebelah tangannya.
PDRM siasat dakwaan ingkar SOP di Pulapol KL
Datuk Zaini Jass berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial itu turut mengandungi beberapa tohmahan terhadap pengurusan Pulapol Kuala Lumpur.
Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara
Namun, rutin latihan diteruskan dengan satu kejohanan simulasi sedang dirancang tatkala dia masih dalam rawatan mengatasi kecederaan ringan.
Selepas 40 tahun, Unit Udara PDRM bakal miliki juruterbang wanita
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia adalah pegawai wanita kumpulan pertama sejak unit itu ditubuhkan pada 1979.
COVID-19: 382 pelatih, 46 kakitangan Pulapol disahkan positif
Seramai 264 lagi pelatih Pulapol disahkan positif jangkitan COVID-19 pada Selasa.
78 pelatih Pulapol KL positif COVID-19
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, semua yang positif kini telah diasingkan dan mereka diarahkan menjalani kuarantin.
Bayar pampasan jika mahu dapatkan pemain Akademi Mokhtar Dahari
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga mempunyai skema, berhubung pemain yang dibentuk daripada program pembangunan bakat.
Polis nafi pelatih merusuh di Pulapol Langkawi
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.