Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan terdapat desakan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Rabu lepas supaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat.
Saifuddin berkata beliau mencatatkan minit mesyuarat MPP yang dipengerusikan oleh Mohamad Azmin pada malam Rabu lepas dan tidak berbangkit perkara mendesak Khalid meletak jawatan.
"Saya duduk sebelah YB Azmin dalam mesyuarat MPP malam Rabu lepas, saya juga catitkan minit mesyuarat dan saya langsung tak keluar mesyuarat.
"Perkara yang disebutkan adanya desakan daripada YB Azmin dan penyokongnya supaya Tan Sri Khalid dipecat tidak berlaku pada mesyuarat MPP malam Rabu lepas," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Saifuddin berkata menjadi perkara biasa mesyuarat MPP PKR membincangkan isu Selangor kerana negeri tersebut merupakan satu-satunya menteri besarnya daripada parti itu.
Beliau juga mengakui, pada mesyuarat MPP malam Rabu lepas, terdapat empat perkara berkaitan Selangor dibincangkan.
"Kita (MPP PKR) bincang empat perkara iaitu, isu yang dikatakan Selangor akan menyerahkan Langat 2 kepada kerajaan pusat, ura-ura kerajaan Selangor mahu menaikkan lesen perniagaan, isu pengguran YB Azmin daripada PKNS juga dibincangkan dan perkara mengenai cadangan kenaikan elaun dan gaji speaker, timbalan speaker dan ADUN di Selangor.
"Menjadi lumrah bila kita bincang mengenai Selangor tentulah ada pro dan kontra tetapi kalau ada yang kata malam rabu lepas YB Azmin desak Tan Sri Khalid dipecat itu tidak betul," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin juga menafikan laporan yang mengatakan Mohamad Azmin mendesak supaya Abdul Khalid dipecat daripada jawatan menteri besar Sealngor.
"Perkara itu tidak berbangkit langsung dalam mesyuarat MPP malam Rabu lepas, saya hadir mesyuarat dan tidak timbul desakan Tan Sri Khalid dipecat," katanya kepada Astro AWANI.
Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan terdapat desakan daripada Azmin dan penyokongnya agar Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar.
Kontroversi melibatkan timbalan presiden PKR dan menteri besar Selangor itu timbul lagi selepas Azmin dilaporkan telah digugurkan daripada jawatan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Bagaimanapun, Khalid pada Rabu menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh Pengurus Besar PKNS.
Penjelasan Khalid itu dinafikan PKNS pada Khamis dan menjelaskan perbadanan itu bertindak berdasarkan keputusan yang dibuat oleh MMKN.
Sementara Penasihat Ekonomi Selangor pula menganggap penyingkiran Azmin daripada PKNS tidak sah kerana ia dibuat tidak mengikut prosedur.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jan 17 2014
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
EURO4M untuk RON95 ditangguh hingga 2020
-Kerajaan memutuskan pelaksanaan petrol RON95 EURO4M ditangguh dari 1 Oktober 2018 kepada 1 Januari 2020."
Kawasan parlimen ditandingi Anwar diumum bulan ini - Saifuddin Nasution
Kawasan Parlimen yang akan ditandingi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumum bulan ini, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Pemilihan PKR akhir Ogos ini - Saifuddin
PKR akan mengadakan pemilihan parti pada akhir Ogos ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Penyokong Anwar diminta bersabar, tiada masalah dokumentasi
Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim seluruh negara diharap bersabar susulan penundaan pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Tiada desakan pecat Tan Sri Khalid - Saifuddin Nasution
Saifuddin menjelaskan tidak ada desakan memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat MPP yang dipengerusikan oleh Azmin Ali.