Kerajaan menangguhkan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5 di Malaysia sehingga 1 September 2020, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut beliau dalam satu kenyataan, langkah itu susulan syarikat minyak memerlukan lebih masa untuk membuat persediaan bagi memastikan bekalan RON95 EURO4M memenuhi keperluan pasaran di Malaysia tanpa memberi kesan kepada harga jualan runcit kepada pengguna.
“Kerajaan memutuskan pelaksanaan petrol RON95 EURO4M ditangguh dari 1 Oktober 2018 kepada 1 Januari 2020.
“Langkah ini adalah untuk menjajarkan perubahan harga kos produk bagi petrol RON95 EURO4M mulai Julai 2019 dengan permulaan kerja kerja transisi kepada produk petrol RON95 EURO4M di peringkat depoh minyak dan stesen minyak selama 6 bulan,” katanya lagi.
Pengenalan kualiti bahan api yang lebih tinggi adalah salah satu usaha mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009, iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kesan kepada kesihatan orang awam.
Pelaksanaan tersebut dipersetujui pada 18 Ogos 2014 mengikut pecahan berikut:
a. Petrol RON97 EURO4M pada 1 September 2015.
b. Petrol RON95 EURO4M pada 1 Oktober 2018.
c. Diesel EURO5 pada 1 September 2020.
d. Petrol EURO5 pada 1 September 2025.
Setakat ini hanya RON97 melaksanakan EURO4M di Malaysia manakala RON95 masih menggunakan spesifikasi EURO2M.
EURO4M merupakan piawaian kawalan asap eropah bagi menjaga alam sekitar melalui pengenalan enjin mesra alam.
Justeru setiap enjin ini memerlukan bahan bakar yang memenuhi piawaian EURO4M.
Najib Aroff
Fri Oct 05 2018
![EURO4M untuk RON95 ditangguh hingga 2020 EURO4M untuk RON95 ditangguh hingga 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71518490828_Minyak.jpg)
Setakat ini hany RON97 melaksanakan EURO4M di Malaysia manakala RON95 masih menggunakan spesifikasi EURO2M. - Foto Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pemborong diesel berdepan 116 pertuduhan tidak kemuka dokumen pembelian lebih RM10 juta Pemborong diesel berdepan 116 pertuduhan tidak kemuka dokumen pembelian lebih RM10 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719145217_TBDiesel.jpg)
Pemborong diesel berdepan 116 pertuduhan tidak kemuka dokumen pembelian lebih RM10 juta
Seorang pemborong hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 116 pertuduhan gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian diesel bernilai lebih RM10 juta.
![Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626243436_RinggitMalaysia.jpg)
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Pada 9.19 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2370/2400 berbanding dolar AS daripada 4.2380/2420 ketika ditutup pada petang urus niaga Rabu.
![Etihad Airways lancar pesawat cekap bahan bakar Etihad Airways lancar pesawat cekap bahan bakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574091207_EtihadsGreenliner.jpg)
Etihad Airways lancar pesawat cekap bahan bakar
Syarikat penerbangan terkemuka Etihad Airways melancarkan pesawat cekap bahan bakar.
![Malaysia tangguh penggunaan bahan bakar RON95-Euro 4M Malaysia tangguh penggunaan bahan bakar RON95-Euro 4M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535422434_PetrolPump.jpg)
Malaysia tangguh penggunaan bahan bakar RON95-Euro 4M
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia sepatutnya mengguna pakai petrol RON95-Euro 4M pada Disember tahun lepas.
![Saintis Sweden cipta bahan bakar daripada sisa pokok Saintis Sweden cipta bahan bakar daripada sisa pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61548345206_PINE.jpg)
Saintis Sweden cipta bahan bakar daripada sisa pokok
Saintis kejuruteraan kimia dari Lund University Christian Hulteberg, menggunakan bahan kimia yang terhasil daripada sisa habuk kayu atau pulpa.
![Harga minyak: Ambil kira kepentingan pembeli, penjual - Tun Mahathir Harga minyak: Ambil kira kepentingan pembeli, penjual - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521628385_TBLPTMINYAK.jpg)
Harga minyak: Ambil kira kepentingan pembeli, penjual - Tun Mahathir
Perdana Menteri menjelaskan penetapan harga runcit petroleum yang akan diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, akan mengambil kira kepentingan pembeli serta penjual.
![Empat minggu berturut-turut, harga petrol, diesel kekal Empat minggu berturut-turut, harga petrol, diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71524049460_hargaminyak.jpg)
Empat minggu berturut-turut, harga petrol, diesel kekal
Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini kekal, menjadikan harganya tidak berubah untuk empat minggu berturut-turut.
![Kerajaan bincang naikkan subsidi bahan bakar esok Kerajaan bincang naikkan subsidi bahan bakar esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61509368371_IrwanSerigarAbdullah.jpg)
Kerajaan bincang naikkan subsidi bahan bakar esok
Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan subsidi bahan bakar bagi memastikan harga bahan itu tidak terus meningkat di pasaran.
![Penumpang gemuk bayar lebih tiket pesawat: Ahli ekonomi Penumpang gemuk bayar lebih tiket pesawat: Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41364343784_295x200.jpg)
Penumpang gemuk bayar lebih tiket pesawat: Ahli ekonomi
Cadangan kontroversi mengutarakan penumpang gemuk dikehendaki membayar surcaj tiket pesawat menjadi topik hangat perbualan seluruh dunia.