PUTRAJAYA: Kerajaan tidak bercadang mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi pelaksanaan solat Tarawih di masjid serta surau sempena Ramadan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.
Beliau berkata SOP sedia ada berkaitan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau adalah terpakai bagi pelaksanaan solat tarawih.
"Sekarang (pelaksanaan ibadah) masih berjalan mengikut SOP sedia ada, tidak kira sewaktu solat atau berada di kedai makan.
"SOP ditentukan Kementerian Kesihatan perlu sentiasa dipatuhi dan setakat ini, tiada (SOP) khusus untuk solat tarawih," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bulan Solat Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.
Antara SOP pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau pada masa ini adalah semua ahli jemaah yang hadir hendaklah membawa sejadah masing-masing sebelum hadir ke masjid, selain jemaah diwajibkan memakai pelitup muka.
Selain itu, pengurusan masjid hendaklah membuat penandaan jarak antara jemaah sekurang-kurangnya satu meter.
Mengenai penyebaran ajaran 'mimpi' lelaki Pakistan oleh Gerakan Akhir Zaman (Gaza) di negara ini, Idris berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah untuk menyiasat perkara tersebut.
"Jika ia berlaku di mana-mana negeri, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan hubungi Jabatan Agama Islam negeri untuk diambil tindakan sewajarnya.
"Kita akan ambil tindakan seperti ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT). Jika ada laporan mengenai ajaran sesat ini di media sosial, kita juga akan laporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya.
Media sebelum ini melaporkan kumpulan Gaza itu mengajak orang ramai mempercayai seorang lelaki dari Pakistan, Muhammad Qasim Abdul Karim, yang mendakwa hanya mengikut kehendak ALLAH SWT di dalam mimpinya.
Mengenai Bulan Solat Peringkat Kebangsaan 2022, Idris berkata program tersebut adalah cetusan ideanya bagi memberi kesedaran dan peringatan yang solat penting dalam kehidupan.
"Solat ini teras kehidupan, akibat pengabaian solat akan berlaku macam-macam perkara misalnya jika jadi suami, mungkin jadi suami yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Antara program yang diatur sempena Bulan Solat Peringkat Kebangsaan 2022 adalah program Jom Solat Bersama Anak Muda di Kuala Lumpur dan Program Penghayatan Solat Peringkat Daerah dan Jajahan Negeri Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Menurut Idris, SOP sedia ada berkaitan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau adalah terpakai bagi pelaksanaan solat Tarawih. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Masjid mesra kanak-kanak semakin dapat perhatian di Turkiye
Generasi muda berpendapat bahawa masjid sepatutnya boleh diakses secara sama rata oleh semua.
Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau Wilayah Persekutuan bermula 1 April
Jemaah pada masa sama terus digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri.
Normal baharu: Ini kelainan menyambut Aidilfitri dalam suasana pandemik
Bagi umat Islam, selepas Ramadan tanpa pasar juadah dan solat tarawih di masjid, ini pula normal baharu sempena Aidilfitri kali ini yang bakal disambut tidak lama lagi.
PKPB: Guna sistem giliran untuk tentukan kehadiran ke masjid, surau di WP
Sistem itu bagi memberi keadilan kepada ahli kariah untuk menunaikan solat berjemaah sama ada solat lima waktu, solat Jumaat dan solat terawih.
11 lelaki ditahan ingkar PKP kerana solat terawih berjemaah
Perbuatan itu terbongkar selepas foto mereka tular di media sosial.
Tiada halangan laksana ibadah ketika Ramadan walaupun PKP - Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus berkata, sekiranya PKP dilanjutkan, ia bukanlah menjadi penghalang kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadah pada bulan Ramadhan.
Tiada majlis berbuka puasa dan solat terawih Sultan Selangor bersama rakyat tahun ini
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat tidak dianjurkan tahun ini.
Arahan tutup kedai makan waktu terawih, lihat secara positif - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan meminta rakyat dan peniaga kedai makan supaya mengambil positif arahan yang meminta peniaga menutup sementara perniagaan sepanjang solat terawih berlangsung.
Perak larang guna imam luar negara untuk solat Tarawih
Semua masjid dan surau di Perak disyorkan menggunakan khidmat pelajar-pelajar tahfiz tempatan.
'Kita bukan sesiapa tanpa Allah' - Faizal Tahir saran Najib muhasabah
Penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir mendoa selain menyarankan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk terus bermuhasabah