Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta rakyat di negara ini tidak terpedaya dengan dakwaan yang tersebar bahawa ada bahagian Masjidil Haram runtuh dalam kejadian malam tadi.
Sebaliknya kata Abdul Azeez, yang berlaku ialah insiden rempuhan apabila orang ramai berasak-asak mahu melihat ke dalam Kaabah apabila pintunya dibuka semasa struktur itu dicuci.
"Saya terima laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh. Semalam hari mencuci Kaabah dan pintu Kaabah dibuka. Jadi orang ramai berpusu-pusu untuk lihat proses itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian menyebabkan empat orang cedera namun tidak membabitkan rakyat Malaysia.
"Saya harap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan laporan tidak benar yang tersebar di laman sosial," katanya yang ditemui selepas menghadiri taklimat akhir persiapan pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Abdul Azeez diminta mengulas kejadian yang berlaku di Makkah malam tadi, termasuk dakwaan terdapat bahagian Masjidil Haram yang runtuh.
Proses mencuci Kaabah termasuk bahagian dalam dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.
Sementara itu, mengulas taklimat tertutup bersama Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Abdul Azeez berkata taklimat merangkumi tugas jentera parti bagi beberapa jam terakhir sebelum tempoh kempen tamat tengah malam ini.
"Seluruh jentera juga diminta keluar mengundi awal dan kemudian teruskan tugas membantu pengundi," katanya dan menambah taklimat yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri wakil parti-parti komponen BN.
Bernama
Fri May 30 2014
Laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh
AWANI Ringkas: Langkah "war on sugar"
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belanjawan 2025: Peruntukan terbesar RM421 bilion
Analisis pembentangan Belanjawan 2025 oleh tiga penganalisis ekonomi.
AWANI 7:45 [18/10/2024] - Gaji minimum RM1,700 | Perbezaan hutang terkumpul dan hutang baru | Sehingga tujuh luruan Monsun Timur Laut
1. Belanjawan 2025, gaji minimum naik antara jadi tumpuan.
2. Jangan keliru hutang negara, kerajaan tidak tambah hutang baharu.
3. MetMalaysia ramal banjir di pantai timur, Sarawak dan Sabah.
4. Lima dikhuatiri lemas, perahu lumba karam ketika latihan regata Sarawak.
2. Jangan keliru hutang negara, kerajaan tidak tambah hutang baharu.
3. MetMalaysia ramal banjir di pantai timur, Sarawak dan Sabah.
4. Lima dikhuatiri lemas, perahu lumba karam ketika latihan regata Sarawak.
AWANI Borneo [18/10/2024] – Perahu karam | Belanjawan 2025 | Pan Borneo dan SSLR
Tumpuan Awani Borneo 18 Oktober 2024 bersama Syaff Shukri
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Tiada bahagian Masjidil Haram runtuh - Abdul Azeez Abdul Rahim
Pengerusi Lembaga Tabung Haji minta rakyat di tak terpedaya dengan dakwaan tersebar ada bahagian Masjidil Haram runtuh.