MELAKA: Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan mengenai pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan notis arahan berpindah kepada peniaga Uptown Pahlawan Walk, Banda Hilir.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata, setakat ini pihaknya masih dalam perbincangan dan tiada sebarang notis dikeluarkan.
Menurutnya, tindakan itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan menyampaikan sesuatu yang tidak benar kerana kerajaan negeri sedang berusaha untuk membantu ekonomi rakyat untuk bangkit kembali selepas berdepan pandemik COVID-19.
"Selaku Exco yang bertanggungjawab pihak berkuasa tempatan, kita tidak ada keluarkan notis kepada mana-mana peniaga sama ada di Pahlawan Walk ataupun di mana-mana memang belum ada lagi kerana kita masih lagi sedang mengkaji.
"Saya yakin dan percaya tidak mungkin Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kami, pihak berkuasa negeri ingin membunuh sendiri ekonomi peniaga-peniaga di kawasan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Program Menyantuni Peniaga Banda Hilir di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini pada malam Selasa.
Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.
Sejak Isnin, tular video seorang wanita berdurasi dua minit 55 saat yang mendakwa peniaga uptown kawasan itu diarahkan berpindah hingga menyebabkan seramai 800 orang akan terkesan.
Mengulas lanjut, Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata, kajian tuntas dan mendalam perlu dilakukan supaya perancangan yang dibuat memberikan impak lebih baik kepada semua pihak.
Jelas beliau, perancangan mewujudkan zon bebas kenderaan sejauh 2.4 kilometer (km) pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad juga untuk memastikan Melaka bergelar bandar rendah karbon selain memelihara bangunan bersejarah sekitar Banda Hilir.
"Jadi saya faham keluh kesah dan apa juga masalah yang diutarakan oleh peniaga.
"Ramai juga yang menyatakan setuju ada juga yang mengatakan tidak setuju," katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 05 2023
Datuk Rais Yasin berkata, setakat ini pihaknya masih dalam perbincangan dan tiada sebarang notis dikeluarkan. - Gambar fail
Presiden baharu Lubnan gesa dasar pertahanan menyeluruh, dialog dengan Syria
Joseph Aoun ajak semua pihak bincang dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Tiada arahan peniaga Uptown Melaka berpindah - Exco
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan mengenai pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan notis arahan berpindah kepada peniaga Uptown Pahlawan Walk, Banda Hilir.