Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi menafikan kenyataan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar bahawa kerajaan Selangor mengarahkan perbadanan itu menarik balik surat penamatan perkhidmatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Lembaga Pengarah PKNS.
Mohammed Khusrin berkata pihak pengurusan PKNS diminta untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
"Sementara itu, siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas Pengurus Besar PKNS dan Setiuasaha Esekutif Kerja PKNS bagi merungkai perkara sebenar di sebalik isu ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Khusrin juga mendakwa media melaporkan berita tanpa merujuk fakta yang sahih berkenaan isu penamatan khidmat Azmin.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media menegaskan pengguguran Azmin kekal bagi mengelakkan sebarang komplikasi perundangan.
Selain itu, dua pegawai PKNS pula telah diarah bertukar tugas ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri berkuat kuasa pada Isnin.
Isu pengguguran Azmin ini hangat diperkatakan apabila Abdul Khalid membuat kenyataan yang mengelirukan dan berdolak-dalik.
Awalnya Abdul Khalid mendakwa beliau dan exco kerajaan Selangor tidak terlibat dalam isu menggugurkan Mohamed Azmin sebagai Lembaga Pengarah PKNS.
Sebaliknya Abdul Khalid menegaskan exco hanya meluluskan cadangan yang dibuat oleh Othman.
"Keputusan bukan dibuat exco. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh GM PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tak buat keputusan itu," katanya.
Sehari selepas itu, Setiuasaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek membuat kenyataan menafikan dakwaan yang dibuat Abdul Khalid dan menegaskan kuasa membuat lantikan ahli perbadanan itu terletak pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN).
Sementara itu, Penasihat Ekonomi Kerajaan selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan pengguguran Azmin dibuat tanpa mengikut prosedur dan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu sebagai Lembaga Pengarah PKNS kekal.
Biarpun Anwar membuat kenyataan kedudukan Azmin kekal dan penggugurannya dibuat tidak mengikut prosedur, tetapi Abdul Khalid tetap menegaskan Azmin tetap disingkirkan dan hanya membuat kenyataan menghormati pandangan Anwar.
Semalam, Abdul Khalid sekali lagi membuat kenyataan Azmin tetap digugurkan dan menjelaskan Othman dan Norita telah diarah bertukar tugas ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri berkuat kuasa pada Isnin.
Astro Awani
Tue Jan 21 2014
![Tiada arahan Pengurus Besar PKNS tarik balik surat pecat Azmin - Khusrin Tiada arahan Pengurus Besar PKNS tarik balik surat pecat Azmin - Khusrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51390278498_295x200.jpg)
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pemilihan PKR: Azmin dapat undi hampir di semua cabang Pemilihan PKR: Azmin dapat undi hampir di semua cabang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/81396155317_295x200.jpg)
Pemilihan PKR: Azmin dapat undi hampir di semua cabang
Azmin hanya gagal mendapat undi di empat cabang iaitu Segamat, Pulai dan Pontian di Johor dan Pokok Sena di Kedah.
![Tiada arahan Pengurus Besar PKNS tarik balik surat pecat Azmin - Khusrin Tiada arahan Pengurus Besar PKNS tarik balik surat pecat Azmin - Khusrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51390278498_295x200.jpg)
Tiada arahan Pengurus Besar PKNS tarik balik surat pecat Azmin - Khusrin
Mohammed Khusrin juga menjelaskan siasatan dalaman sedang dijalankan terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Esekutif PKNS.