Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Syarikat Oratis Rx Sdn Bhd untuk memberhentikan terus kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan kepada pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta tanggungannya.
Syarikat itu, ketika mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan hari ini, berkata sebaliknya, segala urusan pembekalan ubat dan alatan perubatan kepada pesara dan veteran ATM selepas 27 Feb lepas akan diuruskan oleh pihak kerajaan tanpa lagi melalui sistem Electronic Medical Automation Supply System (e-MASS).
"Kontrak perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara awam persekutuan dan veteran ATM melalui sistem e-MASS yang bermula pada 26 Jan 2012 telah tamat tempoh pada 27 Jan lalu.
"Bagaimanapun perkhidmatan ini dilanjutkan secara interim sehingga 27 Feb 2017," menurut kenyataan itu bagi menjelaskan dakwaan yang ditularkan kononnya JPA telah menghentikan pemberian kemudahan bekalan ubat dan alat perubatan kepada golongan itu.
BACA: JPA tidak hentikan kemudahan bekalan ubat kepada pesara kerajaan
Syarikat itu berkata berikutan penamatan kontrak berkenaan, satu notis makluman dalaman telah diedarkan kepada pembekal-pembekal berdaftar Oratis Rx Sdn Bhd untuk memberhentikan semua pembekalan ubat dan peralatan perubatan melalui sistem e-Mass berkuat kuasa 28 Feb lepas.
Menurut kenyataan itu, notis tersebut bertujuan untuk edaran dalaman dan bukan ditujukan kepada pesara kerajaan dan veteran ATM.
"Kami memohon maaf di atas sebarang kekeliruan yang timbul dan kami menyokong penuh sebarang keputusan kerajaan bagi menambah baik urusan pembekalan ubat dan alatan perubatan demi kesejahteraan pesara dan veteran ATM," kata kenyataan itu.
Melalui e-MASS, syarikat itu menjadi perantara di antara JPA dan Pesara Awam Persekutuan bagi mendapatkan bekalan ubat dan peralatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan oleh hospital atau klinik kerajaan.
Pesakit bagaimanapun perlu membuat bayaran pembelian terlebih dahulu dan selepas itu membuat tuntutan bayaran balik ke JPA dengan mengemukakan resit pembelian.
Semalam dilaporkan JPA menegaskan bahawa kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan untuk pesara perkhidmatan awam persekutuan dan veteran berpencen tidak diberhentikan seperti yang ditularkan.
JPA berkata kemudahan bekalan ubat dan alat perubatan masih boleh diperoleh melalui preskripsi pegawai perubatan kerajaan di fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia dan hospital universiti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2017
![Tiada arahan hentikan bekalan ubat kepada pesara kerajaan - Oratis Tiada arahan hentikan bekalan ubat kepada pesara kerajaan - Oratis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71488548659_OratisRX.jpg)
JPA tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Syarikat Oratis Rx Sdn Bhd untuk memberhentikan terus kemudahan bekalan ubat kepada pesara. - Gambar Oratis RX
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Tiada arahan hentikan bekalan ubat kepada pesara kerajaan - Oratis Tiada arahan hentikan bekalan ubat kepada pesara kerajaan - Oratis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71488548659_OratisRX.jpg)
Tiada arahan hentikan bekalan ubat kepada pesara kerajaan - Oratis
JPA tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Syarikat Oratis Rx Sdn Bhd untuk memberhentikan terus kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan kepada pesara.
![JPA tidak hentikan kemudahan bekalan ubat kepada pesara kerajaan JPA tidak hentikan kemudahan bekalan ubat kepada pesara kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51488468405_JPA.jpg)
JPA tidak hentikan kemudahan bekalan ubat kepada pesara kerajaan
JPA hari ini menegaskan bahawa kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan untuk pesara perkhidmatan awam persekutuan dan veteran berpencen tidak diberhentikan seperti yang ditularkan.