KUALA LUMPUR: Keadaan jalan-jalan utama menuju keluar daripada ibu kota dalam keadaan terkawal setakat tengah hari ini dan tiada aliran trafik luar biasa dikesan di lebuhraya-lebuhraya utama seluruh negara menjelang sambutan Aidiladha, esok.
Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata pihaknya berharap agar orang ramai akur dengan larangan merentas negeri dan daerah yang dikuatkuasakan kini agar kes jangkitan COVID-19 dapat dilandaikan.
"Kami berharap orang ramai untuk duduk di rumah dan tidak keluar jika tiada urusan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini, untuk pergerakan rentas negeri susulan terdapat individu menyalahguna surat itu untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha.
Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi terdapat Sekatan Jalan Raya yang didirikan polis.
"Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berlaku kesesakan biasa sepanjang 400 meter sebelum Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan susulan sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan di lokasi berkenaan.
"Keadaan trafik menghala ke Pantai Timur juga berada dalam keadaan terkawal yang mana kesesakan hanya berlaku di lokasi terdapat SJR, di Plaza Tol Bentong menghala ke pantai Timur dan di Plaza Tol Gombak menghala ke ibu kota dengan kesesakan dianggarkan sepanjang 200 meter," katanya.
Menurut jurucakap itu, tiada kesesakan luar biasa dikesan sepanjang laluan Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke utara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

PDRM tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.