Thailand dan Malaysia masih belum memutuskan tarikh berikutnya rundingan damai bagi menamatkan konflik bersenjata di wilayah selatan Thailand akan berlangsung, susulan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baru.
Thailand sebagai respons kepada pelantikan itu melantik Jen Udomchai Thammasarorath untuk mengetuai pasukan rundingan di pihaknya, menggantikan Jen Aksara Kerdphol.
"Tarikh rundingan belum diputuskan lagi. Pihak-pihak yang berkaitan masih sedang berusaha," kata Ketua Majlis Keselamatan Negara Thailand Jen Wanlop Raksanor pada Jumaat semasa ditanya sama ada pusingan baru rundingan damai akan diadakan bulan ini.
Walaupun tarikhnya belum ditentukan, beliau memberi jaminan bahawa rundingan yang diterajui oleh Malaysia itu masih tetap akan berlangsung.
Wanlop berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat keselamatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan, yang juga Menteri Pertahanan.
Abdul Rahim, 75, mengambil alih peranan fasilitator daripada Datuk Zamzamin Hashim, yang dilantik oleh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional sebelum ini.
Kuala Lumpur sebagai fasilitator kepada usaha membawa perdamaian, pernah menganjur beberapa rundingan damai antara Bangkok dan Majlis Syura Patani (Mara Patani), yang mewakili beberapa kumpulan di wilayah selatan Thailand.
Rundingan damai itu bagaimanapun ditangguhkan sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara selepas memenangi pilihanraya umum ke-14 Mei lepas.
Bagaimanapun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan nafas baru kepada rundingan itu dalam lawatan kerja dua hari beliau ke Thailand bulan lepas, apabila beliau berjanji bahawa Malaysia akan membantu "sedaya upaya" bagi menamatkan konflik yang berlarutan sejak sekian lama di selatan negara itu.
Pemimpin berumur 93 tahun itu berkata konflik berkenaan juga adalah satu peluang kepada dua negara untuk mempamerkan semangat 'kesetiakawanan', di samping Kuala Lumpur membalas kembali bantuan yang dihulur oleh Bangkok dalam menamatkan konflik Malaysia dengan pengganas komunis satu ketika dahulu.
Sejak 2004, konflik bersenjata di tiga wilayah di selatan Thailand yang terdiri daripada Yala, Pattani dan Narathiwat itu mengorbankan lebih 6,500 nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 16 2018
Sejak 2004, konflik bersenjata di tiga wilayah di selatan Thailand yang terdiri daripada Yala, Pattani dan Narathiwat itu mengorbankan lebih 6,500 nyawa. - Gambar fail/BERNAMA
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.