Thailand mengiktiraf peranan Malaysia dalam proses damai selatan Thailand dan negara jiran itu berjanji akan memberikan komitmen kukuh ke arah usaha itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata Malaysia dan Thailand juga bersetuju dengan tiga prinsip asas berhubung usaha damai itu.
Menurutnya tiga prinsip itu adalah tempoh tanpa keganasan; semua pihak perlu diwakili dalam rundingan damai itu; dan semua pihak di selatan Thailand perlu bersetuju kepada satu permintaan bersatu yang akan dikemukakan kepada kerajaan Thailand.
"Berdasarkan tiga prinsip itu, Malaysia akan meneruskan (proses damai) dan kerajaan Thailand juga menyatakan secara mutlaknya bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara yang ia mahu jalinkan kerjasama bagi proses damai itu," kata beliau.
Najib berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas majlis makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha di Seri Perdana di sini.
"Apabila kita membincangkan perkara-perkara yang rumit ini, ia akan mengambil masa. Adalah penting kami memberikan mereka dorongan berasaskan kepada tiga prinsip ini," kata perdana menteri.
Mengenai pengganas menggunakan pas sempadan untuk memasuki Malaysia atau Thailand, Najib berkata menteri berkenaan di kedua-dua negara telah diarahkan untuk mencari jalan bagi membendung perkara itu.
"Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam menangani masalah ekstremisme dan militan," kata beliau.
Mengenai dua kerakyatan, Najib berkata Malaysia dan Thailand juga bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu yang sudah lama berlarutan.
"Tidak ada banyak perkembangan. Dalam hal ini, saya menyatakan kemahuan dan hasrat kami (Malaysia) untuk bekerjasama rapat bagi menyelesaikan masalah ini," kata beliau.
Najib juga menyifatkan perbincangannya dengan Jeneral Prayut sebagai produktif dan merangkumi pelbagai aspek hubungan dua hala.
"Kami bersetuju bahawa keadaan hubungan dua hala kekal amat utuh, tetapi kami perlu mencari cara-cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama," kata beliau.
Bernama
Tue Dec 02 2014

Malaysia dan Thailand juga bersetuju dengan tiga prinsip asas berhubung usaha damai itu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM Anwar tiba di Bangkok untuk lawatan rasmi
Ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Perdana Menteri, Don Pramudwinal yang mewakili Kerajaan Thailand.

Malaysia ulangi komitmen bantu dapatkan keamanan di selatan Thailand
Konflik di wilayah-wilayah di selatan adalah hal ehwal dalam negara Thailand dan peranan Malaysia adalah berpandukan kepada rangka kerja yang ditetapkan Bangkok.

PM Thailand minta militan henti guna keganasan untuk tekan kerajaan
Kumpulan militan di selatan Thailand perlu berhenti menggunakan keganasan untuk menekan kerajaan dalam rundingan damai.

Thailand iktiraf peranan Malaysia dalam proses damai selatan Thailand - Najib
Thailand mengiktiraf peranan Malaysia dalam proses damai selatan Thailand dan negara jiran itu.