Selepas mengharungi perjalanan darat hampir 15,000 kilometer untuk menunaikan haji, hasrat utama peserta Kembara Inspirasi Haji itu mungkin tidak kesampaian disebabkan kegagalan mereka mendapatkan visa haji daripada Tabung Haji (TH).
Mereka dimaklumkan mengenai penolakan permohonan visa haji itu semasa berada di Iran minggu lepas, oleh wakil penganjur Pertubuhan Kembara AMAL (PEKA) di Kuala Lumpur selepas dimaklumkan oleh pejabat Pengurus Besar Operasi Domestik TH.
Berita kurang menyenangkan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat pengarah projek Kembara, Khir Ariffin yang tetap berusaha untuk mendapatkan visa haji termasuk termasuk berjumpa Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Datuk Yubazlan Yusof semalam.
Bagaimanapun, Yubazlan memaklumkan amat sukar bagi mereka membuat permohonan visa haji di sini kerana ia harus dilakukan di Kuala Lumpur dengan kelulusan TH mengikut kuota haji yang diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi.
Menurut Khir, mereka telah memulakan pengembaraan pada 18 Julai sebelum mendapat kelulusan visa haji kerana ketika itu permohonan visa haji belum dibuka oleh kerajaan Arab Saudi.
Peserta kembara juga perlu mengejar masa kerana mereka harus berada di Dubai pada 21 Ogos selepas mengharungi beberapa negara untuk lebih satu bulan bagi membolehkan mereka ke tanah suci sebelum hari wukuf.
"Sebelum berangkat melakukan pengembaraan ini saya dan beberapa orang lain telah berjumpa dengan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang pada dasarnya memberi persetujuan bagi kelulusan permohonan visa haji itu," katanya kepada Bernama.
Difahamkan Abdul Azeez telah menyerahkan kepada Pengurus Besar Operasi Domestik Tabung Haji Datuk Ruzman Ahmad Razali untuk mengendalikan permohonan visa haji bagi semua peserta Kembara terbabit.
Malah, pegawai PEKA turut membuat susulan mengenai permohonan visa haji itu dengan berjumpa Abdul Azeez yang masih yakin TH dapat mengeluarkan visa haji tersebut.
Bagi memastikan mereka memperoleh visa haji tersebut, seorang peserta Kembara terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk mengendalikan urusan berkenaan namun dimaklumkan penolakan permohonan itu disebabkan kuota haji sudah penuh dan permohonan visa haji sudahpun tutup.
Berdasarkan perancangan, peserta Kembara akan meninggalkan kedua-dua kenderaan di sini untuk dibawa pulang ke tanah air menerusi perkhidmatan kargo dan mereka pula meneruskan perjalanan ke Makkah dengan kapal terbang.
"Kami berharap dan menyeru kepada mana-mana pihak di luar sana yang dapat membantu kerana kami sudah melakukan perjalanan ribuan kilometer untuk sampai ke tahap ini, malah di mana-mana tempat kami pergi dan berhenti rehat ramai yang mendoakan agar kami sampai ke tanah suci," katanya.
Beliau berkata banyak halangan luar jangka dihadapi peserta termasuk dimaklumkan kenderaan pemanduan sebelah kanan dilarang masuk ke Dubai.
"... tetapi Alhamdulillah kami dibenarkan untuk menggunakan kenderaan ini di Dubai. Jadi kami masih yakin dan berdoa agar dapat teruskan perjalanan sehingga ke tanah suci," tambahnnya.
Peserta Kembara telah melalui Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran serta Emiriah Arab Bersatu dan kini berharap dapat meneruskan perjalanan ke tanah suci iaitu tujuan utama pengembaraan yang penuh dengan cabaran dan dugaan itu.
--BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2017

Datuk Yubazlan Yusof menerima kunjungan peserta Kembara Inspirasi Haji, diketuai Khir Ariffin, di Dubai, 22 Ogos, 2017. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.

Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.

Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.

Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.

Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.