KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) masih membiayai sebahagian kos jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah haji buat pertama kali secara Muassasah melalui Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).
Agensi itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pada musim haji tahun 2022, bantuan sebanyak 62 peratus diberikan kepada seorang jemaah golongan B40 iaitu RM17,652 manakala 55 peratus bagi jemaah bukan B40 iaitu RM15,652 bagi melakukan ibadah itu.
"Ini dilakukan melalui penetapan bayaran haji bersasar pada kadar RM10,980 (38 peratus daripada kos haji) sejak 2022 bagi jemaah B40 manakala RM12,980 (45 peratus daripada kos haji) bagi jemaah haji bukan B40.
"Sementara itu, jemaah Muassasah yang menunaikan haji buat kali kedua atau lebih tiada bantuan kewangan haji dan bayaran penuh kos akan dikenakan kepada mereka," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut bayaran kepada jemaah adalah lebih rendah daripada kos sebenar menunaikan ibadah haji iaitu sebanyak RM28,632 seorang.
TH turut menjelaskan lima faktor kenaikan kos yang di luar kawalan mereka.
"Faktor penyumbang berkenaan adalah kenaikan kadar inflasi dan sara hidup di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan pencukaian baharu, penambahan kualiti perkhidmatan dan kemudahan serta pembangunan di Makkah dan Madinah.
"Untuk makluman, sebanyak 64 peratus kos haji dibelanjakan untuk penginapan, penerbangan carter haji manakala 36 peratus lagi digunakan bagi perkhidmatan di Arab Saudi," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Lembaga Tabung Haji (TH) masih membiayai sebahagian kos jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah haji buat pertama kali secara Muassasah melalui Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.