KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10% selepas zakat, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020, kepada kira-kira sembilan juta pendepositnya.
Ia lebih baik berbanding 3.05% pada 2019, menurut TH dalam satu kenyataan hari ini.
Agihan keuntungan bagi tahun 2020 tersebut melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2019.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, pihaknya bersyukur dengan prestasi kewangan TH pada 2020 yang kekal positif.
Ia meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia berada dalam keadaan tidak menentu sejak penghujung 2019 susulan penularan wabak COVID-19.
"Alhamdulillah, pendeposit TH dapat menikmati keuntungan yang lebih baik bagi tahun 2020 walaupun berdepan ekonomi yang kurang baik tahun lepas.
"Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan,” tambahnya.
Zulkifli berkata, jumlah deposit di TH mencecah RM76.7 bilion pada 26 Februari 2021.
Ia merupakan paras tertinggi dalam sejarah, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap TH terus kekal utuh.
Pada masa sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada 2019.
"Oleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.
"Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara," kata TH.
Urusniaga TH akan ditangguhkan sementara bermula pukul 8 malam ini hingga pukul 12 tengah hari esok (3 Mac) bagi melancarkan urusan agihan keuntungan.
Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari esok.
Ia boleh dilakukan menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat serta saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.
Astro Awani
Tue Mar 02 2021

Jumlah deposit di Tabung Haji mencecah RM76.7 bilion pada 26 Februari 2021.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Perbincangan pengambilan semula aset TH dari UJSB dimuktamad dalam suku pertama 2025 - Mohd Na'im
Perbincangan berhubung pengambilan semula aset TH yang diserahkan kepada Urusharta Jamaah, dijangka dimuktamadkan suku pertama 2025.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

TH, Saudia Airlines meterai perjanjian penerbangan sewa khas lima tahun
Lembaga Tabung Haji memeterai perjanjian dengan syarikat penerbangan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan sewa khas untuk membawa jemaah haji negara ke tanah suci.

Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.

Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat hari ini - Mohd Na'im
Kira-kira 6,000 bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi musim 1446H/2025 setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Karnival PJH tawar pakej haji ekonomi di bawah RM55,000
Karnival PJH yang diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di sini menawarkan pakej haji ekonomi dengan harga di bawah RM55,000.