KUALA LUMPUR: Perlu ada pelan yang komprehensif untuk mengembalikan semula Malaysia ke atas landasan yang tepat untuk menjadi ‘negara maju’, apatah lagi pandemik COVID-19 telah mengakibatkan agenda tersebut, tergendala menjelang tahun 2020.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, pelan itu, bukan sahaja merangkumi keperluan menyediakan infrastruktur moden secara fizikal, tetapi juga memastikan setiap rakyat di negara ini, dilengkapi dengan nilai dan prinsip yang sewajarnya.
Jelasnya lagi, perkara pertama sekali ialah menetapkan semula ‘kompas nasional', bagi memastikan setiap individu mempunyai arah tuju untuk sama-sama menggerakkan negara, tanpa mengira jantina, kaum, agama, serta taraf kewarganegaraan mereka.
“Ketika ini kompas nasional kita tidak menentu, banyak kekhilafan dalam menunjukkan arah mana kita perlu tuju. Seperti yang saya sebutkan, dengan kekurangan (kualiti) tadbir urus, tiada visi itu bermaksud kompas nasional sedia ada tidak lagi membawa kita ke arah yang tepat.
“Jadi apabila saya cakap tetapkan semula kompas nasional, ia bermaksud menyediakan arah untuk semua pemegang taruh di negara ini. Tak perlu bercakap pasal soal kaum, Bumiputera atau bukan Bumiputera. Kita bercakap tentang rakyat Malaysia, serta mereka yang ada pegangan dalam negara,” katanya lagi.
Sebagai contoh, Rafidah berkata, rakyat asing yang menetap di negara ini, pemastautin tetap, golongan yang melakukan perniagaan atau mereka yang menjadikan negara ini sebagai rumah kedua, mereka juga harus diterlibatkan sama.
Apabila ada polisi untuk menetapkan semula visi berkenaan, beliau berkata, negara ini akan kembali pada landasan yang tepat, dalam memastikan semua pihak tidak tercicir, tetapi sama-sama memastikan Malaysia kembali disegani di peringkat serantau, mahupun global.
Rafidah berkata demikian ketika menjadi tetamu kehormat forum secara maya Alumni Convent Bukit Nenas (CBN) – ‘Strive for a Fearless Future and Recalibrate Your Expectations’, bersempena Hari Malaysia ke-58.
Rafidah, dengan pengalaman sebagai bekas Ahli Parlimen selama 35 tahun itu selanjutnya berkata, Malaysia perlu memastikan rakyatnya, terutamanya generasi yang akan datang, mempunyai kebolehan untuk bersaing sehingga ke peringkat global.
“Pastikan rakyat kita boleh bersaing dalam apa jua bidang – pendidikan, teknikal, kemahiran, seni dan budaya, perubatan. Apa sahaja bidang…pastikan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dapat mencapai taraf antarabangsa, atau lebih baik lagi.
“Mereka boleh dididik, diberi panduan yang sewajarnya. Institusi pengajian juga perlu mempunyai kurikulum yang membolehkan golongan ini mempunyai kapasiti untuk menjadi kompeten, jadi yang terbaik di antara yang terbaik, sama ada di rantau ini atau di global. Itu cara untuk kita maju ke hadapan,” katanya lagi.
Rafidah, yang sering digelar sebagai ‘Wanita Besi’, selanjutnya berkata, tidak ada ruang untuk membiarkan sebarang bentuk diskriminasi berlaku di negara ini, demi kepentingan peribadi golongan tertentu.
Jika itu masih dibiarkan, beliau berkata, masalah yang sedang berlaku di dalam negara ini, iaitu perpecahan dalam kalangan masyarakat, akan terus menghantui negara sehingga ke masa yang mendatang.
Firdaus Azil
Thu Sep 16 2021
Penetapan semula 'kompas nasional' perlu bagi memastikan semua individu di negara ini, berganding bahu jadikan Malaysia negara maju, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
WEF2025: Rewriting Development
Some 6 billion people live in middle-income countries yet growth in many of these economies is stagnating or slowing due to global disruptions.
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
Filipina mungkin guna platform antarabangsa saman Filipina
Filipina merancang memutuskan platform antarabangsa untuk menyaman China atas dakwaan kerosakan kepada persekitaran marin.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
Indonesia gesa graduan sedia depani cabaran kecanggihan teknologi
Indonesia menggesa graduannya bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital bagi mendepani perubahan landskap pekerjaan global disebabkan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Laksanakan analisis faedah kos bagi penyasaran subsidi - Rafidah
Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan agar penyasaran subsidi yang bakal dilaksanakan pada tahun depan diperhalusi, termasuk melaksanakan analisis faedah kos.
Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas
Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan, beliau terkejut dengan berita bahawa syarikat pengeluar tayar global, Goodyear di Shah Alam bakal menutup operasinya pada 30 Jun ini.
Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy
Kira-kira 42 peratus wanita kini terlibat sebagai pembuat keputusan dalam sektor perkhidmatan awam.
Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun
Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.
Potong gaji menteri tak selesai isu kos sara hidup rakyat - Mahdzir
Cadangan pemotongan gaji dan elaun menteri bukan penyelesaian yang dapat membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Bahasa Melayu: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah Aziz
Jelas Rafidah lagi, visi dan tumpuan Malaysia pada satu masa dahulu adalah untuk berada dalam infrastruktur serantau dan global.
Kaji hala tuju dasar negara untuk tarik pelaburan - Rafidah
Rafidah berkata Malaysia kekurangan faktor tarikan untuk memastikan pelabur luar datang ke Malaysia dan pelabur domestik turut menerima faedah.
Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja susulan pembukaan semula sempadan - Rafidah Aziz
Beliau turut menggesa pelaksanaan prosedur operasi standard yang lebih jelas, selain pematuhan SOP yang tegas.
RMK-12: 'Nak lari 100 meter, tapi lutut terkehel' - Rafidah Aziz
Rafidah mengakui terkejut dengan intipati RMK-12 yang pada sangkaannya, akan memberi tumpuan kepada aspek pemulihan negara dalam semua aspek.
Tetapkan semula 'kompas nasional', jangan beri ruang kepada sebarang diskriminasi - Rafidah Aziz
Penetapan semula 'kompas nasional' perlu bagi memastikan semua individu di negara ini, berganding bahu jadikan Malaysia negara maju