Seorang wanita Orang Asli menerima tiga jahitan di kepala selepas ditetak suami dipercayai berang kerana meninggalkan rumah sejak beberapa hari lalu.
Mangsa, Ramliah Along, 24, dari Kampung Selyeh, Pos Blau, dikatakan meninggalkan rumah selepas mengetahui suaminya, Mat Rahim, 28, berkahwin lain.
Menurut saksi yang juga sepupu mangsa, Aboy Angah, 46, suspek datang mencari isterinya di rumah kakak mangsa pada jam 12 tengah hari tadi dan terus menetak kepala dari arah belakang.
"Akibat tetakan itu, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, Ramliah sedar dan kami terus bawanya ke Hospital Gua Musang kerana berlaku pendarahan di kepala dan bahu.
"Saya tak sangka suspek akan bertindak sedemikian kerana pada awalnya dia tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik.
"Selepas menetak isterinya, suspek terus melarikan diri," katanya yang turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), hari ini.
Dalam pada itu, Ramliah mendakwa, sebelum ini suaminya sering mabuk dan memukulnya berkali-kali tanpa sebab.
"Saya tak tahan kena pukul, jadi saya balik ke rumah ibu bapa saya. Malah, saya turut diberitahu kenalan bahawa suami sudah berkahwin sejak dua bulan lalu.
"Saya ingat dia datang mahu pujuk saya untuk pulang, namun dia bertindak begini. Saya trauma dan takut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan laporan polis yang dibuat mangsa.
Sehubungan itu katanya, suspek diminta tampil ke balai bagi membantu siasatan.
Sinar Harian
Mon Apr 16 2018

Seorang wanita Orang Asli menerima tiga jahitan di kepala selepas ditetak suami dipercayai berang kerana meninggalkan rumah sejak beberapa hari lalu. -Foto Sinar Harian

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Tetak bini lepas nikah lain
Mangsa, Ramliah Along, 24, dari Kampung Selyeh, Pos Blau, dikatakan meninggalkan rumah selepas mengetahui suaminya, Mat Rahim, 28, berkahwin lain.