TUMPAT: Kerajaan Kelantan meminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meneruskan perkhidmatan tren ekspres khas sempena perayaan bagi mengurangkan kesesakan trafik di negeri itu apabila perantau pulang ke kampung halaman.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata inisiatif tersebut dapat memenuhi permintaan perantau yang mencari kaedah alternatif untuk pulang ke kampung semasa cuti sambutan perayaan di negara ini.
"Kita sedia maklum aliran trafik di Kelantan sentiasa sesak terutamanya pada musim cuti perayaan, jadi dengan adanya tren ekspres khas ini ia membantu mengurangkan kesesakan dan kemalangan jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelepasan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia Aidilfitri di Stesen KTM Wakaf Bharu yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha, di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia yang mendapat permintaan tinggi daripada perantau boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk KTMB meneruskan inisiatif menyediakan perkhidmatan tersebut pada sambutan perayaan akan datang.
"Selain harga tambang berpatutan, tren khas ini menjadi pilihan dan mendapat sambutan berikutan dilengkapi kemudahan seperti koc tempat tidur, tandas dan kafe bagi memberikan keselesaan kepada penumpang.
"Walaupun perjalanan lama, ia sedikit sebanyak mengurangkan jumlah kenderaan di jalan dan memberi keselamatan kepada perantau yang mahu pulang ke kampung," katanya.
Sementara itu, Mohd Zain berkata Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia menawarkan sebanyak 696 tempat duduk bagi laluan Tumpat ke KL Sentral dijangka tiba pada 3.04 petang hari ini.
"Mengikut rekod kami sebanyak 803 tiket terjual, ia melebihi tempat duduk yang ditawarkan berikutan terdapat penumpang yang turun dan naik di beberapa sektor di sepanjang laluan itu.
"Kami sedang melakukan kajian untuk meneruskan perjalanan tren ekspres khas ini berikutan mendapat permintaan," katanya.
Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia berlepas dari KL Sentral telah membawa seramai 815 penumpang pulang berhari raya ke Kelantan pada 29 April.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022

Ahmad ketika hadir untuk pelepasan Tren Khas Ekspres Keluarga Malaysia bagi perjalanan balik, di Stesen Wakaf Bharu, Kota Bharu, malam tadi. -- Facebook Dato' Ahmad Yakob

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.

Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.

PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.

Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.

Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.